fbpx

Jemputan dari UPSI : Forum Merdeka Wang

  • 1 year ago
  • 1Minute
  • 146Words
  • 296Views

Pagi ini di sini. Kali pertama ke sini.

Masuk-masuk daripada pintu utama, nampak bangunan besar daripada jauh.

Mulanya saya sangka ia adalah dewan utama, apabila dekat tertera signboard tertulis “Muzium Pendidikan Nasional UPSI”.

“Aik? Muzium?”, hati saya tertanya-tanya.

Hairan juga ada muzium dalam universiti. Tak pernah jumpa lagi. Macam “tibeeeer” gitu…

Ketika bersarapan dengan urusetia program hari ini, barulah tahu kisah sebenar di sebalik muzium tersebut.

Akhirnya baru saya tahu, itu ialah bangunan asal UPSI yang dibina pada tahun 1922 yang nama asalnya ialah SITC Sultan Idris Training College yabg kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI)

Saya masih ingat ketika di sekolah menengah dahulu, nama MPSI ini tertera dalam buku-buku sejarah sebagai tempat melahirkan ramai tokoh dan negarawan.

2023, usia institusi ini sudah mencecah 101 tahun!

Topik pagi ini MERDEKA WANG. Kebetulan sama pula dengan tajuk pada buku FIRE ini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai yang minta saya komen posting di Page Bebas Hutang…