fbpx

Menangkis dakyah Page Bebas Hutang

  • 9 months ago
  • 2Minutes
  • 349Words
  • 237Views

Ramai yang minta saya komen posting di Page Bebas Hutang ini.

Untuk makluman, admin page ini, Cikgu June sudah lama blok saya di page tersebut.

Saya sokong usaha admin untuk ajak orang ramai Bebas Hutang. Tapi untuk menyebarkan propaganda tentang perbankan Islam, saya akan lawan habis-habisan.

Malah banyak kali dah page ini menyebarkan dakyah berkenaan perbankan Islam.

Ia tak lain bukan untuk memberi persepsi buruk berkenaan perbankan Islam.

Apabila saya offer untuk buat sesi diskusi secara live, admin menolak.

Berbalik kepada posting Page Bebas Hutang, dakah datang dari acuan yang sama, automatik jadi haram?

Saya bagi analogi mudah.

Apakah beza Sammy yg beragama Hindu, dengan abangnya Suhaimy yang memeluk Islam setahun lalu?

(Nota; Nama sekadar contoh).

Suhaimi mengucapkan kalimah syahadat. Memandangkan dia masih baru dan muallaf, masih banyak perkara di dalam Islam yg dia sedang pelajari.

Kedua-duanya masih berkulit gelap, berbahasa Tamil, makan capati, dll.

Apa beza kedua-duanya?

Syahadat yg membezakan mereka.

Itulah asas perbezaan di antara sistem kewangan konvensional dengan sistem kewangan patuh syariah.

Kita ambil contoh masyarakat Melayu, 1000 tahun lepas, nenek moyang kita beragama Hindu. Sedar tidak sedar, sekalipun sudah beribu-ribu tahun memeluk Islam, budaya masyarakat Hindu sedikit sebanyak masih wujud dalam amalan harian kita.

Amalan berinai ketika berkahwin, amalan bersanding, amalan menepung tawar – semua ini adalah asalnya dari amalan budaya Hindu, bukan?

Apakah kesan amalan-amalan ini kepada aqidah Muslim? Sudah bukan semudah itu untuk mengatakan ia haram, apatah lagi menjejaskan aqidah.

Begitulah analogi di antara perbankan konvensional dengan perbankan Syariah.

Tidak dapat dinafikan, dalam 40 tahun perbankan Islam bertapak, sukar untuk membuang 100% unsur-unsur daripada perbankan konvensional.

Malah pemain-pemain yg terlibat di dalam perbankan Islam pun, ramai berasal daripada perbankan konvensional.

Selagi mana perkara yang tidak membawa kepada riba, ia adalah harus.

Dalam masa sama, usaha tambah baik senantiasa dilakukan dari masa ke masa.

Kita bergerak dari satu tahap ke satu tahap. Tahap asas memperkenalkan sistem perbankan bebas riba sudah lepas.

Namun sayang seribu kali sayang, kadar penembusan masih lemah berbanding perbankan konvensional. Justeru, kita semua selaku orang Islam WAJIB mempromosikan perbankan syariah kepada rakan, sanak dan saudara supaya HIJRAH segera.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
1. Jadi wakil takaful lagi best daripada jadi wakil rakyat…