Jika badai merempuh lagi, inilah persediaan yang patut anda sediakan

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:210Views

BADAI BEGITU KUAT MEREMPUH. Kapal besar pun goyang. Apatah lagi yg kecil.

Jangan tambah bebanan baru. Fokus kepada pertahanan.

Ketika badai melanda, akan ada barangan dan perkakas dalam kapal yang terpaksa dikorbankan.

Sauh pula terpaksa dilabuhkan supaya kapal tidak dihanyutkan arus deras.

Hati-hati, agar kapal tak karam. Namun, perlu bersedia sebaik mungkin seandainya kapal karam.

Dalam membuang barangan dan perkakas, jangan sampai terbuang jaket keselamatan dan bot kecemasan.

Ia barang penting sekiranya, kapal karam. Nauzubillah.

Kebergantungan kepada Yang Maha Berkuasa sangat penting.

Apa mesej yang ingin saya sampaikan?

Badai begitu kuat merempuh = Situasi ekonomi sekarang sangat tak menentu. Masa PKP, ramai menjangka ekonomi akan pulih selepas endamik tapi sebaliknya berlaku.

Jangan tambah bebanan baru = jangan tambah hutang baru.

Akan ada barangan dan perkakas kapal yang terpaksa dikorbankan = Buang perbelanjaan yang tak perlu seperti siaran TV berbayar, coffe mahal. Malah mungkin juga perlu jual kereta dan jual rumah utk beli atau sewa yang lebih murah.

Sauh terpaksa dilabuhkan = waktu inilah simpanan kecemasan sangat penting sebagai back up.

Berhati-hati supaya kapal tak karam = berhati-hati supaya tak jatuh muflis.

Jangan sampai terbuang jaket keselamatan dan bot kecemasan = jangan sampai membatalkan manfaat takaful yang fokus kepada perlindungan.

Kebergantungan kepada Yang Maha Berkuasa = Kebergantungan kepada Yang Maha Berkuasa.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Campurkan semua perbelanjaan ini, dan anda akan terkejut dengan jumlahnya.…