Jika benar diburu, kenapa tidak ditahan ketika berkali-kali hadir beri keterangan?

Sdra Zamri dan Sdra Tamim sudah dipanggil ke balai polis berkali-kali untuk memberi keterangan.
Pada masa yang sama, akaun media sosial mereka pula dikenakan sekatan oleh SKMM sehingga menyukarkan mereka menyampaikan penjelasan kepada orang ramai.
Kemudian terdapat rakaman video yang jelas menunjukkan ada individu yang cuba melakukan kekerasan terhadap Sdra Zamri Vinoth.
Selain itu, wujud juga bukti bahawa kereta milik Cikgu Chandra pernah dibakar oleh pihak yang tidak dikenali.
Namun akhirnya keadaan menjadi terbalik apabila pihak berkuasa pula dikatakan sedang memburu Zamri dan Tamim dengan naratif bahawa mereka kononnya telah melarikan diri ke luar negara.
Sejam selepas Sdra Zamri Vinoth keluarkan kenyataan bahawa dia.tidak lari dan tiada keperluan untuk melarikan diri, terus akaun medsos dia disekat?
Jika betul mereka diburu, kenapa selama mereka dipanggil ke balai tidak ditangkap sahaja?
Kenapa tiba-tiba keluar naratif mereka lari ke Thailand sedangkan Ssra Zamri memang selalu ulang alik ke sana atas urusan bisnes?
Apa yang berlaku kepada Negaraku Malaysia?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
