fbpx

Jumlah simpanan ideal untuk persaraan menurut KWSP : Adakah ia mudah dicapai?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 207Words
  • 388Views

“RM600,000 adalah jumlah simpanan yang ideal untuk bersara di bandar utama, RM500,000 bandar lain – KWSP

Susah ke nak ada simpanan sebanyak 600,000 pada usia persaraan?

Bergantung kepada bila kita bermula.

Sekiranya kita nak bersara pada umur 60 tahun, dengan andaian keuntungan tahunan 5% setahun, ini jumlah simpanan atau pelaburan bulanan yang diperlukan:

  • Jika umur 25, 553 sebulan,
  • Jika umur 35 tahun, 1047 sebulan,
  • Jika umur 45 tahun, 2,317 sebulan,
  • Jika umur 55 tahun, 9048 sebulan!

Tinggi sangat? Jika anda sudah ada KWSP yang akan digunakan ketika persaraan, maka jumlah itu tidaklah tinggi sangat.

Yang penting wang tersebut disimpan atau dilabur dan tidak disentuh sepanjang tempoh simpanan menuju usia persaraan.

Ia boleh jadi Tabung Haji, ASB, emas, unit trust, hartanah, saham dan seumpamanya yang oleh menjana keuntungan purata 5% setahun.

Jika keuntungannya lebih tinggi, jumlah itu akan tercapai lebih cepat dan pantas.

“Ada pilihan lain tak?” Adaaaaaaa….

Jangan risau, jika anda tidak mahu membuat simpanan itu sekarang, anda mempunyai pilihan lain;

1. Selepas bersara pada usia 60 tahun, jangan hidup terlalu lama

2. Selepas usia 60 tahun, teruskan bekerja.

Mana pilihan yang anda sanggup?

Jika tidak sanggup, hendak tak hendak, anda perlu mulakan plan persaraan anda, sekarang.

Rujuk gambarajah di dalam komen, yang saya generate daripada aplikasi Financial Calculator. Apps uni banyak membantu untuk merancang kewangan.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Viral komen ini beberapa hari di media sosial. Saya merujuk…