fbpx

Jutawan KWSP

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 323Words
  • 323Views

Berdasarkan lapdfadoran daripada akhbar The Edge 6 Disember 2021, kira-kira 0.46% atau 67,979 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berstatus jutawan dengan memiliki simpanan tabungan persaraan tersebut sebanyak RM1,000,000 ke atas.

67,979 orang jutawan itu mempunyai simpanan sejumlah RM115.1 dan ia mewakili 12.4% daripada total RM936.26 billion jumlah keseluruhan dana KWSP.

Secara purata Jutawan KWSP ini memiliki dana persaraan RM1.71 juta setiap orang.

Manakala 248 orang atau mewakili 0.002% pencarum KWSP memiliki sekurang-kurangnya RM10 juta dana persaraan!

Purata simpanan persaraan kelompok ini adalah RM17.51 juta setiap orang!

Wowwww!!!

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, Jutawan KWSP termuda adalah seorang pemuda berusia 20 ke 24 tahun, dengan simpanan RM2 juta.

Manakala Jutawan KWSP termuda dari kalangan wanita pula berusia 25 ke 29 tahun, dengan simpanan sejumlah RM1.37 juta.

Ada 344 orang pencarum yang masih aktif pada usia 75 tahun dengan simpanan KWSP purata setiap orang RM3.67 juta! Mereka boleh bercara dengan selesa sepatutnya.

Jangka hayat rakyat Malaysia adalah 75.6 tahun dengan 73.2 tahun untuk lelaki dan 78.3 tahun untuk wanita.

Pada masa kini, sekiranya bersara pada usia 60 tahun, rakyat Malaysia dijangka hidup selama 19 ke 22 tahun selepas bersara, dengan jangkaan usia hingga 79 untuk lelaki dan 82 untuk wanita.

Sekiranya perbelanjaan RM1,000 sebulan dan jangka hayat 20 tahun selepas bersara, bermakna minima RM240,000 diperlukan pada usia 60 tahun u tum bersara.

Daripada RM936.26 bilion simpanan KWSP, sejumlah RM755.78 bilion adalah milik 12.63 juta ahli di bawah usia 55 tahun. Bermakna purata simpanan merkwa hanya RM59,827 seorang.

Separuh daripada ahli KWSP di bawah umur 55 tahun mempunyai kurang daripada RM18,785. Ia adalah peringatan bagi pembuat policy untuk meningkatkan usaha untuk memperluas jaring keselamatan sosial untuk mencegah kemiskinan usia tua.

Dijangka 9 tahun daripada sekarang, Malaysia akan menjadi “negara tua” pada 2030 apabila lebih daripada 1/5 penduduk akan berumur lebih dari 55 atau sekurang-kurangnya 15% bersamaan 5.8 juta orang.

Kesimpulannya, jangan bergantung kepada KWSP semata-mata untuk plan persaraan. Mulakan perancangan persaraan dan pelaburan daripada sekarang.

IKLAN:
http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

Nak tambah income sbg perunding kewangan? https://afyan.com/kerjaya-takaful/

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Geng forex selalu kata, forex difatwakan haram sebab kerajaan tak…