fbpx

Kami Bina Cara INFAQ

  • 7 years ago
  • 4Minutes
  • 615Words
  • 454Views

Jarang-jarang saya kongsikan gambar-gambar ahli team INFAQ Consultancy.

Ini rakan-rakan dari #TeamTakaful INFAQ Consultancy.

Kami baru sahaja selesai pelancaran Konvensyen Luar Negara yg menjadi acara tahunan syarikat setiap awal tahun kewangan yg bermula 1 April.

Dalam industri yang paling banyak rejection, dengan majoriti ejen yang product pusher, dengan majoriti leader-leader industri yang mempromosi bisnes takaful dengan tonjolkan material – memang sukar untuk mengumpul dan melatih tenaga-tenaga baru menyertai INFAQ Consultancy sebagai ejen takaful dengan konsep advisory.

Tanpa mempromosi komisen berkepuk-kepuk, kereta mewah, rumah besar, melancong luar negara – modal yang saya gunakan hanyalah modul khidmat nasihat perkhidmatan kewangan berpandukan keperluan, kemudian barulah cadangan produk yang sesuai.

Modul ini saya namakan ia sebagai “Intelligent and Financial Quotient” atau ringkasannya INFAQ. Dari sini datangnya nama INFAQ Consultancy.

Tahun ini genap 15 tahun menyertai bidang perkhidmatan kewangan Islam, seusia syarikat pertama yang saya sertai dalam industri ini – Takaful IKHLAS.

Menyertai bidang ini tanpa sebarang matlamat pada awalnya, membawa saya menyambung pembelajaran professional Islamic Financial Planner (IFP) pada tahun 2011 selepas menyedari keperluan mengubah tanggapan ramai tentang ejen takaful yang hanya mementingkan sales, kepada ejen takaful yang bertindak sebagaimana perunding kewangan sebenar yang memberi solusi kewangan kepada pelanggan.

Tanpa menolak ke belakang, saya menongkah arus menolak mazhab mementingkan sales kepada mazhab mengutamakan keperluan pelanggan, sehingga saya “dibuang” dari ejensi.

Pernah seorang leader menyindir saya dalam suatu mesyuarat “Saya tak perlu ada IFP untuk buat sales”, masih terngiang-ngiang dalam pemikiran saya sehingga hari ini. Malah ada leader lain mengatakan “Saya dah pernah cuba cara ini dahulu, tapi fail. Jadi lebih ikut cara yang majoriti ejensi lakukan”.

Ia menjadi satu suntikan semangat dan saya jadikan ia sebagai cabaran. Saya terima cabaran tersebut.

Walaupun cara tersebut sedikit mencabar untuk dipraktikkan, tapi para pelanggan sangat hargainya.

Alhamdulillah, saya istiqamah dengan cara tersebut, memungkinkan saya mendapat apa yang ejen-ejen takaful lain dapat dalam industri ini seperti komisen yang lumayan, mampu beli beberapa buah hartanah, mampu membeli beberapa buah kereta, melancong ke luar negara dan menunaikan haji pada tahun lalu.

Pernah ada prospek ejen baru datang ke sesi taklimat peluang bisnes ini terkejut sebab tidak grand langsung. Ada juga yang tidak jadi sertai INFAQ suatu ketika dahulu sebab katanya INFAQ tidak meriah. Ketika itu team ini hanya 5-6 org sahaja.

Tiada cerita tentang kereta besar, rumah besar, duit berkepuk-kepuk, gambar depan menara Pisa dan sebagainya.

Dan yang menyertai saya ialah mereka yang percaya kepada modal saya tadi – konsep khidmat nasihat atau “advisory approach”, tanpa bergantung kepada brand, syarikat, sentimen dan produk.

Bukan mudah untuk mengajak orang lain menyertai bisnes ini tanpa tunjukkan “bukti”. Memang sengaja saya lakukan sebegitu supaya mereka yang menyertai INFAQ bukan sebab wang, material, kereta, rumah, melancong dan lain-lain; tapi sebab visi dan misi yang dibawa.

Hari ini, saya perkenalkan inilah sebahagian ahli team saya di bawah #TeamTakafulINFAQ.

Kami baru sahaja selesai sesi Business Planning dan Kick Off Tahun Kewangan Baru 2018/2019 Marriott Hotel, Putrajaya.

Mereka ini tulang belakang saya, yang menjadi rakan bisnes takaful saya.

Nanti saya minta mereka perkenakkan diri mereka di ruangan komen. Kami beroperasi di Lembah Klang, dan ada juga di luar KL seperti di Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Kedah dan Perlis. Di lokasi-lokasi lain kami masih berusaha ke arah itu.

Jika ada yang berminat menyertai bisnes takaful bersama team ini, boleh isi borang di http://infaq.my/kerjaya-takaful/

Oh ya, antara insentif menarik tahun kewangan ini ialah peluang menunaikan umrah dengan hanya 2 pelanggan takaful setiap bulan!

Ya, bagi ejen-ejen baru, hanya 2 pelanggan setiap bulan selama setahun, layak untuk menunaikan ibadah umrah secara PERCUMA.

Nota: Saya sebelum ini pernah kongsikan #TeamInvestment INFAQ. Kedua-dua group ini saya uruskan berasingan.

Afyan Mat Rawi, IFP
Group Agency Manager
INFAQ Consultancy Sdn Bhd
Takaful IKHLAS

“Plan Your Wealth, Change Your Life”.n

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramalan saya meleset. Pengakhiran yg sungguh tragis dan tidak disangka.…