Kantoi palsukan claim hospital
Alhamdulillah, dah dapat claim elaun hospital.
Selalu uruskan claim pelanggan, tapi sekali sekala uruskan claim sendiri.
2 minggu lepas saya dikejarkan ke hospital (tak payah skrol, memang saya tak share ke medsos hal ni) daripada 12 hingga ke 14 Ogos (Jumaat hingga Ahad) akibat keracunan makanan.
Discaj hari Ahad, 14 Ogos, kemudian keesokannya hari Isnin, 15 Ogos terus isi form untuk claim dan submit.
Khamis, 17 Ogos sudah terima duit claim daripada 2 polisi takaful berkelompok RM50 sehari × 3 hari × 2 polisi = RM300
Semalam, 24 Ogos dah terima duit claim daripada 1 lagi polisi. Yang ini lagi tinggi, RM300 × 3 hari = RM900
Total claim elaun hospital RM1,200 utk kemasukan hospital selama 3 hari. Ok tak ok?
Medical card dah cover semua bil hospital kira-kira 4k lebih selama diwadkan 3 hari 2 malam.
Yang ini pula ialah claim manfaat elaun hospital RM400 sehari, dengan total RM1200. Boleh la buat duit tepi. Hehe…
Sebenarnya dah tak banyak kompeni takaful yang ada produk dengan manfaat hospital.
“Kantoi” palsukan claim hospital
Dulu-dulu tahun 2009 masa medical card mula-mula muncul, rider elaun hospital sangat popular untuk dipadankan bersama medical card.
Namun disebabkan ada kes misleading sehingga ada kompeni takaful besar tarik balik produk ini daripada pasaran.
Apa yang berlaku ialah ejen berkomplot dengan pelanggan dan doktor untuk memalsukan claim hospital.
Perkara itu “kantoi” apabila pihak syarikat melalui bahagian claim mereka mula perasan ada klien berkenaan akan masuk hospital setiap kali cuti sekolah.
Hendak dijadikan cerita, pada satu kali pihak claim menerima report klien tersebut masuk hospital, terus mereka buat “spot-check” ke hospital berkenaan dan mendapati klien tiada di hospital!!!!
Bagi kes tersebut, claim yg dilakukan bukan oleh seorang tapi satu keluarga! Mereka sebenarnya pergi bercuti setiap kali cuti sekolah dan kemudian palsukan laporan kemasukan ke hospital.
Jadi mereka bercuti menggunakan duit claim palsu menggunakan takaful. Kreatif kan?
Kes ini sudah menjadi open secret di kalangan ejen-ejen senior yang sudah lama dalam industri. Ejen berkenaan pun sudah diambil tindakan dan disenarai hitamkan daripada industri. Sebelum itu memang ejen berkenaan show off dengan kereta mewah.
Itu kes yang kantoi, yang tak kantoi mungkin banyak lagi. Atas dasar untuk mengelakkan lebih ramai ejen yang melakukan salah laku berkenaan, kompeni berkenaan menamatkan produk berkenaan dan diperkenalkan kembali dengan syarat yang ketat iaitu untuk polisi dengan caruman yang tinggi sahaja.
Takaful RM50k manfaat asas bersama elaun hospital RM500
Namun berita baiknya masih ada kompeni takaful yang menawarkan produk berkenaan. Dengan sumbangan serendah RM99 sebulan untuk dapat manfaat sebanyak RM500 elaun hospital sehari.
Ia boleh digunakan tidak kira apabila dimasukkan ke hospital kerajaan atau swasta.
Ya, RM99 sahaja sebulan bagi usia 40 tahun dan ke bawah untuk menikmati manfaat elaun hospital RM500 sehari bersama dengan manfaat asas RM50k untuk kematian dan hibah.
Ya, RM500 sehari. Bukan seratus, bukan 2 ratus, bukan 3 ratus tapi 5 RATUS.
Maknanya, kalau kena macam kes saya di atas, masuk wad 3 hari boleh dapat RM1500 “duit free”. Ia boleh dijadikan polisi pelengkap kepada medical card yang cover bil hospital.
Sales idea “duit free” inilah yang ejen-ejen takaful misleading tadi “jual” kepada prospek mereka. Ambil polisi medical card bersama elaun hospital, kemudian buat claim palsu. Dapat duit claim, boleh bayar caruman bulanan takaful. Ejen dapat komisen untuk beli dan tayang kereta mewah, dapat MDRT, COT, LOL.
Tapi yang rugi ialah keseluruhan peserta takaful. Apabila banyak berlaku claim-claim palsu, maka tabung sumbangan peserta semakin berkurangan. Apabila tabung berkenaan semakin kecil dananya, maka sumbangan bulanan akan datang terpaksa dinaikkan. Itulah sebabnya juga caruman medical card takaful selalu naik sebab pelanggan suka buat claim, lebih-lebih lagi pelanggan Melayu Muslim sebab mindset mereka ditanam “rugi carum takaful kalau tak claim”.
Walhal, kalau tak claim patutnya kita bersyukur sebab tidak ditimpa musibah.
Jadi, kepada rakan-rakan ejen yang masih boleh memasarkan produk ini, jangan buat kerja tak senonoh ini pada masa akan datang.
Boleh klik link ini jika berminat dgn plan takaful RM50k manfaat asas bersama elaun hospital RM500 sehari dgn hanya sumbangan bulanan RM99 (bagi umur 40 tahun ke bawah)
Klik Takaful RM50k manfaat asas bersama elaun hospital RM500 atau isi borang di bawah
Berminat untuk tahu lebih lanjut? Sila isi borang di bawah.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran