fbpx

Nasihat Yang Disalah Erti

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 328Words
  • 412Views

Ada seorang usahawan yang kaya raya, sebelum meninggal dunia telah meninggalkan pesanan kepada 2 orang anaknya yang mewarisi perniagaannya.

Pesanan tersebut berbunyi, jika mahu berjaya dalam bisnes, lakukan 2 perkara ini:

1. Jangan minta hutang,
2. Jangan kena matahari.

Selepas si ayah meninggal dunia, kedua-dua anaknya membawa hala tuju masing-masing.

Perniagaan si abang semakin maju manakala perniagaan si adik semakin merosot.

Pada suatu hari, mereka bertemu dan berbual-bual.

Si abang bertanya kepada si adik.

“Bro, bagaimana perkembangan bisnes?”

“Bang, aku dah buat apa yang arwah ayah pesan. Tapi bisnes tak menjadi”, jawab si adik.

“Apa yang kau dah buat?”

“Ayah pesan; Jangan minta hutang. Jadi setiap kali pelanggan berhutang, aku tak minta bayar. Kalau mereka bayar, alhamdulillah. Kalau mereka tak bayar aku biarkan sahaja”.

Si abang mendengar dengan tekun. Si adik menyambung lagi.

“Ayah juga pesan, jangan kena matahari. Jadi, ke mana-mana aku akan bawa payung supaya dapat berlindung daripada matahari”.

Si adik menamatkan cerita.

Giliran si abang pula berkongsi.

“Ish, Ish… Aku rasa kau silap faham la”

“Maksud abang?”

“Begini, apabila Ayah berpesan jangan kutip hutang ia bermaksud, dalam bisnes kena jalankan urusniaga secara tunai. Jadi, tak ada pelanggan berhutang dan kita pun tak perlu kutip hutang.”

Si adik tercengang.

Si abang menyambung lagi.

“Ayah pesan jangan kena matahari, bukan bermaksud kita tak boleh kena matahari langsung. Maksud ayah, kena keluar bekerja awal pagi sebelum matahari terbit dan balik malam selepas matahari terbenam”.

Si adik melopong lagi.

“Maksudnya, kita kena kerja bersungguh-sungguh siang dan malam seolah-olah sampai tak sempat nak kena cahaya matahari. Itulah maksud ayah”, si abang menghabiskan bicara.

Maka ber”huhuhu”lah si adik sebab salah faham.

Pengajaran: Kalau pesan kat anak-anak, biar terang. Kesian mereka yang salah faham. Huhu….

Ada pengajaran lain?

Nota: Saya ada bisnes yang boleh memenuhi 2 ciri dia atas. Tak perlu jual barang, jadi memang tak perlu kutip hutang. Tak perlu keluar rumah, jadi takkan kena matahari. Tak perlu simpan stok. Pendaftaran pula percuma. Nak? Komen “Saya nak!”

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya tertarik posting yang dikemukakan Ustaz Mohd Khusairi Saleh ini. Tulisan berkenaan…