fbpx

Kedekut

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 316Words
  • 402Views

Tulisan ini adalah dari FB Pn Aznah Arshad yang mengisahkan pengalaman beliau menerapkan disiplin untuk simpanan.

KEDEKUT

Kawan saya liza berseloroh.”Aznah kedekut, tahi hidung masin. Kereta pun pakai mak punya.”

Saya gelak. Betullah tu. Sejak bekerja saya tak pernah memiliki kereta dan tak pernah duduk rumah sendiri.

Ada beberapa faktor penyebab:

1. Tabiat
Jarang nampak saya berbelanja. Bukan tak ada keinginan. Ada. Cuma setiap kali nak beli dan buka dompet, ayat “beli apa yang perlu, bukan mahu muncul”. Jadi terbantut perasaan itu. Ya, saya tampal pelekat di dompet saya. Pelekat dah lama hilang, tapi pesanan tetap ingat.

2. Bayar kesilapan lama.

Dulu masa bujang saya pendapatan saya pernah cecah RM7k dari pelbagai kerja. Sebab tiada ilmu kewangan yang betul, duit tu semua habis berbelanja. Gaya hidup ketika itu adalah spend,save dan invest. Bil sekali makan seorang pernah cecah RM400. Sampai satu tahap saya burn out kerana bekerja.

Bila pindah ke Sarawak, tak bekerja bermakna ada anjakan paradigma dan perubahan gaya hidup yang ketara. Di situ saya belajar sedikit demi sedikit tentang kewangan dari institusi/individu yang bertauliah.

Sehinggalah saya pun ada lesen untuk berkongsi ilmu kewangan walaupun hanya sekadar ilmu takaful dan unit amanah.

Kesilapan belajar konsep Retire Rich, Retire Early dan FIRE dari orang yang tak bertauliah sangat menyakitkan.

3. Matlamat jangka panjang.

Susah nak berbelanja bila kita dah tetapkan matlamat. Selagi tak capai jumlah tu, rasa bersalah bila kita menyimpang tempat lain. Kadang-kadang tersasar dan lupa diri. Rasa seronok sangat. Kemudian sisi tegas saya akan muncul dan membebel. Jadi rasa seronok tu sekejap je.

Anas, my darling companion always ask, ‘Mama, why can’t we keep spending our money. I really like to go here and there. Do this and that. My response will be “We can but not now. Let’s just say i am planting the seed to harvest later. We save, invest and spend.”

Aznah Arshad
INFAQ CONSULTANCY JDT

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Status kewangan yang semakin baik memang menjadi impian kita semua.…