Kegagalan Memahami Riba Menyebabkan Forex Trader Menganggap Forex Online Trading Harus Dan Perbankan Islam Sama Sahaja Dengan Konvensional
Antara sebab kenapa forex trader tak memahami kenapa forex haram kerana tak memahami di mana wujudnya riba dalam perdagangan forex.
Ia sama macam mereka yang masih mengatakan bahawa perbankan Islam sama sahaja macam perbankan konvensional, pun berpunca disebabkan tak memahami riba.
Ia juga sama dengan ejen-ejen insurans konvensional yang masih mempertahankan bahawa insurans konvensional sama sahaja dengan takaful.
Puncanya sama, sebab tak memahami di mana letak duduknya riba dalam forex, perbankan konvensional dan insurans konvensional.
Saya tidak salahkan mereka. Saya pun belajar bertahun-tahun untuk faham tentang riba selepas menceburi bidang kewangan Islam, termasuk 4 tahun belajar ilmu muamalat di universiti dalam bidang undang-undang.
Dalam sesi diskusi forex semalam, saya ajukan soalan mudah kepada audien
“Mengapakah RIBA’ diharamkan?”
Semua yang memberi komen menjawab jawapan yang bermaksud “riba diharamkan sebab ia menindas”, termasuk rakan panel diskusi saya, Tuan Zamrin.
Kemudian saya berikan 2 contoh transaksi, dan tanyakan adakah ia riba?
1. Saya beri pinjam kepada Tuan Zamrin RM1,000 dan minta dia bayar balik RM2,000
2. Saya beri pinjam RM1,000 dan minta Tuan Zamrin bayar balik RM1,000 + RM0.01
Semua bersetuju bahawa kedua-dua situasi adalah riba.
Maka saya ajukan soalan cepu masa
“Adakah riba 1 sen itu menindas?”
Jawapannya ia tetap riba walaupun tak menindas.
Hah, di sinilah saya berikan satu konklusi baru yang mencabar kenyataan awal bahawa riba diharamkan sebab menindas, iaitu “Riba tak semestinya menindas. Riba boleh berlaku walaupun tidak menindas”
Tonton video ini. Ini cuplikan video 5 minit cerita saya di atas. Tuan-Puan boleh tengok saya tanya soalan dan respon mereka, dalam sesi diskusi 2 jam malam tadi.
Jika nak tengok video penuh, klik di sini
Diskusi: Diskriminasi Hukum Forex Terhadap Retail Trader
Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)
Saksikan penerangan secara live; “Sama je ke perbankan Islam dengan perbankan konvensional?” oleh Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah (pakar muamalat, ahli majlis fatwa dan founder muamalat.my)
Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran