Kenapa Saya Terima Pelawaan Diskusi Forex Semalam?

Terima pelawaan Sdra Zamrin

Semalam saya menerima pelawaan Sdra Zamrin yang dikenali sebagai Atuk Pemalu untuk ke komuniti forex trader beliau dan berdiskusi topik “Diskriminasi hukum forex di kalangan retail trader”

Orang jemput cara baik, kita terima cara baik. Sebenarnya sebelum itu, berlaku sedikit aksi cabar-mencabar di ruang komen FB saya antara saya dan beliau. Namun Alhamdulillah, di belakang tabir beliau cukup profesional mempelawa saya.

Saya terima dengan hati terbuka pelawaan tersebut tanpa sebarang soal niat beliau, walaupun saya bukanlah pakar hukum hakam agama dan juga bukan pakar bab perdagangan forex.

Saya hanyalah seorang perunding kewangan. Title “pakar kewangan” dalam poster ini pun bukan saya yang letak, ia dari pihak penganjur, yang saya terlepas pandang

Alhamdulillah, sesi berjalan dalam keadaan lancar tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana panel. Tapi jika dari penonton tu, biasalah. Kami panel tak dapat halang mereka.

Memang dari sebelum sesi saya sudah maklumkan kepada Sdra Zamrin bahawa sesi dialog ini adalah sesi ukhuwah antara kami, dan ia tidak akan mampu mengubah pendirian masing-masing tentang forex.

Sebelum sesi, sudah banyak kali saya lihat dalam mana-mana posting atau video daripada kalangan pakar bidang agama yang membawa hujah bahawa forex trading haram, maka akan berduyun-duyun geng-geng forex datang dan memberi komen dan mengatakan pakar tersebut tak faham apa yang berlaku.

Pertembungan di antara kumpulan forex trader dengan hukum ni tidak akan berkesudahan dan saya sudah bersedia untuk itu dalam sesi semalam.

Buat berpuluh kali sesi sebegini pun, trader-trader forex yang tegar takkan mengubah pandangan mereka. Sebab bagi mereka para agamawan tak memahami urusniaga forex. Kumpulan komuniti forex trader hanya akan mengakui bahawa para mufti dan agamawan memahami forex hanya apabila Majlis Fatwa memutuskan bahawa forex trading HARUS.

Boleh cari posting-posting yang berkaitan isu ini. Boleh nampak bagaimana geng-geng forex trader menghina dan memaki hamun para agamawan dan mufti.

Jika para mufti pun mereka boleh perbodohkan dan maki hamun, apatah lagi saya yang kerdil ini. Saya sudah bersedia menerima risiko tersebut. Moga saya dapat kumpula pahala daripada caci maki mereka.

Apabila berhadapan mereka, saya takkan memberi label mereka sebagai ahli neraka, makan rezeki haram dan sebagainya. Dalam masa sama saya juga menyeru rakan-rakan yang bersama dengan Majlis Fatwa, tidak melakukan perkara tersebut.

Yang kita tegaskan bahawa hukum forex online trading haram. Tapi kita kita tidak menuduh pelaku forex trader adalah ahli neraka, makan rezeki haram dan sebagainya. Bab itu, biarlah ALLAH yang tentukan.

Berbalik kepada persoalan asal, kenapa saya terima tawaran mereka?

Sebabnya adalah untuk berdakwah direct kepada mereka, walaupun yakin mereka akan kata saya tak faham. Jadi saya tak hairan apabila mereka kata saya tak faham forex, sebab ayat yang sama mereka akan ajukan juga kepada tokoh pakar agama lain.

Saya terima jemputan mereka bukan matlamat supaya pandangan mereka berubah.

Saya dah sebut kepada rakan panel, Tuan Zamrin pada sebelum sesi diskusi berlangsung, masing-masing sudah ada pandangan sebelum program dan diskusi itu takkan mampu mengubah pandangan setiap pihak.

Tapi matlamat saya adalah untuk berdakwah dan sampaikan 2 perkara penting ini kepada komuniti trader forex.

Ruang Berdakwah

Tambahan pula, mereka yang invite saya. Jadi saya kira ini peluang dan ruang yang ALLAH sediakan kepada saya untuk berdakwah.

1. Supaya mereka tahu bahawa SEMUA fatwa di dunia Islam mengharamkan forex trading. Tidak ada satu pun fatwa mana-mana negara yang mengatakan bahawa forex trading online itu harus.

Biasa mereka mengatakan fatwa di Brunei, Singapura, Indonesia, Arab Saudi bahawa forex harus, tidak dapat dibuktikan sama sekali. Ini menafikan hujahan forex trader bahawa hukum forex adalah khilaf.

2. Supaya mereka tahu bahawa RIBA tak semestinya menindas sebagaimana yg mereka faham. Di awal sesi saya menguji kefaham penonton dan panel dengan soalan “Menagapakah riba haram?”, ternyata 100% memberi jawapan salah. Rujuk video pada
minit 18:50

Alhamdulillah, saya bersyukur sebab dalam sesi semalam rakan panel yang mewakili kumpulan forex trader bersetuju fatwa forex haram.
“Sedikit pun saya tidak membangkan keputusan fatwa itu. Saya terima 100%”, rujuk minit 40:30.

Bukan sekali, tapi 2 kali.

“Saya bersetuju dengan majlis fatwa yang menetapkan forex itu haram..”, rujuk minit 1:01:03.

Tonton video penuh di link di bawah untk degar sendiri hujahan beliau selanjutnya selepas itu.

Klik di sini atau play video di bawah

Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

One Comment

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended