fbpx

Kekalkan Cara Hidup Sederhana

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 200Words
  • 429Views

Bagus tip ini.

Berbelanja di bawah kemampuan sebenar.

Ramai orang ada masalah kewangan sebab berbelanja ikut kemampuan.

Apatah berbelanja melebihi kemampuan

eSeminarBMW

 

Dari FB Ahmad Ulwan Hassim

Ini gambar empat tahun lepas.

Hari terakhir ayah sebagai penjawat awam di Wisma Persekutuan. Ke pejabat hanya menaiki motor.

Panas atau hujan bukan penghalang.

Seingat saya hanya beberapa kali beliau menaiki kereta ke pejabat sepanjang berpuluh-puluh tahun sebagai penjawat awam.

“Kekalkan gaya hidup yang sederhana walaupun kita mampu kecapi lebih…”

Ini kunci hidup yang sentiasa beliau pesan sejak saya kecil.

Jangan jadi seperti bidalan orang tua-tua; lagi besar periuk lagi besar keraknya.

Barulah pendapatan/wang yang kita perolehi betul-betul dapat dimanfaatkan secara meluas dan jangka masa panjang.

Dan alhamdulillah selepas beberapa tahun, pesanan beliau ini saya dapat pelajari secara lebih mendalam dan praktikal melalui e-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW dibawah kelolaan Tuan Afyan Mat Rawi.

eSeminarBMW

Allah Maha Mengatur.

Disebalik ujian Covid-19, ada hikmah besar yang tersembunyi.

Asbab PKP sebelum ini beri peluang untuk saya lebih faham berkenaan pengurusan wang agar ia dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Duit yang banyak pun belum terjamin jika sekiranya kita tak pandai urus.

Apatah lagi kalau duit yang kita ada pun ‘suam-suam kuku’.

Kuncinya ilmu.

eSeminarBMW
eSeminarBMW

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahukah anda, suatu ketika dahulu saya pernah bermati-matian melawan scammer…