10 Keutamaan Ilmu Berbanding Harta

10 Keutamaan Ilmu Berbanding Harta (dikatakan ia daripada Saidina Ali)

1. Ilmu adalah warisan para Rasul dan Nabi,
Sedangkan harta pula adalah warisan Firaun dan Qarun

2. Ilmu melindungi pemiliknya,
Sedangkan harta memerlukan pemilik untuk melindunginya.

3. Orang berilmu akan ada ramai kawan,
Sedangkan orang yang banyak harta akan ada banyak musuh.

4. Ilmu, semakin digunakan akan semakin bertambah,
Sedangkan harta makin dipergunakan makin berkurang.

5. Ilmu tak mungkin diambil orang,
Manakala harta sangat boleh dicuri.

6. Pemilik ilmu selalu disebut sebagai orang yang mulia dan terhormat
Sedangkan pemilik harga disinonimkan dengan tamak haloba.

7. Ilmu tak akan musnah ditelan zaman,
Sedangkan harta boleh sahaja musnah.

8. Ilmu akan menyinari dan melapangkan hati,
Sedangkan harta akan menggelapkan dan meresahkan hati.

9. Pemilik ilmu akan diberi syafaat di hari kiamat,
Manakala pemilik harta pula akan dihisab.

10. Pemilik ilmu diberi kemuliaan walaupun sedikit ilmunya,
Sedangkan pemilik harta selepas banyak baru disebut-sebut.

Kesimpulannya, ilmu lebih penting daripada harta.

Alangkah bagusnya kita memiliki ilmu mengurus harta dengan baik.

Supaya kita dapat letakkan harta dan dunia di tangan agar mudah dilepaskan, dan kita letakkan akhirat di hati agar kekal hingga ke mati.

Kesimpulannya adalah ilmu lebih berharga dari harta. Berusahalah mencari ilmu yang dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Dapatkan #eSeminarBMW untuk mendapat ILMU dan HARTA.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com