Infinity War: Afyan VS Alfafa (Episod 1)

Saya rasa peperangan saya dengan Norsham Alfafa ni dah macam Avengers dgn Thanos.

Liat betul. Belek-belek time line FB ini rupa-rupanya sejak Ogos 2013 lagi!

Kebetulan, ketika status ini ditulis Ogos 2018, bermakna bulan ini genap 5 tahun.

Boleh sambut anniversary dah ni. Hahaha!

Dan petang tadi, hendak dijadikan cerita, saya ditag oleh Sdra Khairul Ezuwan di FB Norsham (sebelum diblok sejam selepas itu. Hampeh betul) yang nampaknya aktif kembali di media sosial seminggu dua ini.

Jadi sambil-sambil lepak makan daging, saya kumpul sedikit sebanyak kronologi peperangan tak berkesudahan (Infinity War) ini pada tahun 2013.

Ya, ini untuk tahun 2013 sahaja.

Tahun 2014, 2015, 2016, 2017 dan terkini 2018 saya belum masuk dalam posting ini

Kalau ada ramai berminat untuk tahu, boleh berikan komen dan like sebagai tanda sokongan.

Barulah semangat saya nak sambung.

Oh ya, ada juga sebahgian yang sudah dimasukkan ke blog https://afyan.com/?s=Alfafa

Posting ini disusun mengikut kronologi tarikh. Klik pada setiap gambar untuk setiap point penting.


3 Ogos 2013
Kali pertama melihat pamplet iklan Alfafa. 
Respon saya mudah sahaja “Too good to be true”
Prinsip saya mudah; SEMUA PELABURAN ADALAH MERUGIKAN KECUALI DIBUKTIKAN SEBALIKNYA

Prinsip ini saya pegang sampai sekarang.
 

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201390519675665&set=a.2000489422600&type=3

Inilah risalah tersebut. 

Kalau tak silap saya yang tunjukkan kepada saya waktu itu ialah Sdra 
Asri Ngisum yang ketika itu bekerja di One Heart Printing, yang print risalah ini. Kira bersubahat tak? Hahhaa

Tag: Ahmad Huzaifah Ahmad Shahrir, Tauke One Heart

30 September 2013
Saya pergi ke pejabat Alfafa! Dan saya temui sesuatu yang mengejutkan!
Apabila saya update status di ata
s (https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201825952401211&set=a.2000489422600&type=3)
ramai yang berikan feedback.

Ini gambar yang saya ambil ketika itu. Waktu tu tak pandai lagi selfie-selfie ni. Hahah
a

Asalnya datang seorang diri, tapi ditakdirkan ada bersama peguam senior , Tuan Mohd Asri Bin Musaada juga di situ berjumpa dan kami dengan seorang pegawai pemasaran Alfafa. Namanya dirahsiakan. Beliau pun mangsa keadaan. 

Rujuk posting
 https://web.facebook.com/photo.phpfbid=10201827019667892&set=a.2000489422600&type=3

Selepas posting itu, Norsham dan konco-konconya datang berpusu-pusu ke FB saya 

Dari situlah bermulanya perang yang tak berkesudahan (Infinity War) saya dengannya.

4 Oktober 2013
Saya hantar emel Bank Negara Malaysia untuk bertanyakan tentang skim perumahan pelik Alfafa ini. Selepas dapat feedback, saya kongsikan ke FB

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201852639948383&set=a.1123225571552&type=3

Norsham mengamuk sakan!

5 Oktober 2013
Norsham marah betul selepas saya kongsikan respon BNM tentang skim Alfafa beliau. Ini responnya pada posting saya berhubung emel daripada BNM.
Kemudian saya membuat cabaran untuk mengadakan debat terbuka

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201860448183584&set=a.2000489422600&
type=3


5 Oktober 2013
Seorang penyokong Alfafa, katanya ada kontrak perjanjiam salam. Apabila saya minta, tak diberikan dengan pelbagai alasan bodoh. Entah hidup lagi atau tak akaun FB beliau.

https://web.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10201860829913127

Tak pasti sama ada FB Aeuz Ni Zal ini masih aktif atau tidak. Dahulu, dia yang beria-ia mempertahankan Alfafa. 

Mungkin dia salah seorang pembeli yang takut apa yang saya bongkar jadi kenyataaan.

7 Oktober 2013,
Saya kongsikan peringatan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, yang sangat mirip dengan skim perumahan Alfafa.

Rupanya KPKT sudah keluarkan surat ini sejak Julai 2013!

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201872394522235&set=a.2000489422600&type=3

Ini siaran media amaran KPKT terhadap skim perumahan yg mirip modus operandi Alfafa

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201872394522235&set=a.2000489422600&type=3

8 Oktober 2013,
Kemuncak babak ini, Norsham hadiahkan saya QUNUT NAZILAH utk kecelakaan dan kemusnahan saya. Qunut Nazilah, Beb! Bukan main-main!

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10201879658423828&set=a.2000489422600&type=3

24 November
Selepas agak lama juga menyepi, tiba-tiba muncul skim baru – Umrah Murah Alfafa! Bayar RM15,000 akan dapat pakej umrah RM30,000, selepas 3 tahun!

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10202277923380203&set=a.2000489422600&type=3

Kreatif betul mamat ni buat bisnes!

Tapi semuanya mesti lebih kurang sama modus operandi;

1. Harga mesti lebih murah daripada biasa
2. Ada tempoh menunggu 3 tahun
3. Wajib datang kelas mengaji

Penunggang agama kelas pertama!

29 November 2013
Akhirnya saya terima juga perjanjian salam Alfafa dengan bantuan beberapa rakan.


https://web.facebook.com/afyan.ikhlas/posts/10202328023272669

Bersambung….

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com