fbpx

Sesi Training Melalui Video Conference di INFAQ

Antara fasiliti yang kami sediakan di INFAQ Consultancy ialah aktiviti training dan monitoring serta coaching dijalankan secara video conference.

Ia memudahkan para perunding kami yang berada di beberapa lokasi di luar Lembah Klang untuk menimba ilmu biarpun jarak dan geografi memisahkan.

Malam tadi, sesi mingguan ini dijalankan dengan membawakan sesi perkongsian daripada perunding kami yang berada nuuun jauh di utara, untuk berkongsi pengalaman beliau menjalankan bisnes kurang 12 bulan

Tuan Rm ‘Azman yang menyertai INFAQ secara rasmi bulan Oktober 2017, fokus kepada pasaran income protection dengan membawakan modul INFAQ di kawasan utara tanah air.

Beliau bermula secara part-time sebagai perunding takaful, dan selepas beberapa bulan nekad meninggalkan kerjaya beliau sebagai pensyarah IPT untuk menjalankan bisnes ini secara sepenuh masa. Antara pencapaian Tuan RM Azman, ialah beliau layak menyertai konvensyen luar negara untuk menunaikan Umrah dan menyertai trip ke Krabi awal tahun ini.

Market takaful income protection ini sangat luas dan masih banyak belum diterokai. Berdasarkan kenyataan Gabenor Bank Negara Malaysia tahun lalu, jika mengambil kira langganan berulang, hanya 35% rakyat Malaysia yang dewasa yang melanggan insurans dan takaful.

(Rujuk berita di Astro Awani bertajuk “Produk insurans, takaful masih tidak menarik bagi sebahagian besar rakyat Malaysia”)

Jika ada yang berminat menyertai kami, boleh hadiri sesi taklimat pada 28 Ogos kelak jam 8 malam di Pejabat INFAQ, Batu Caves.

Berminat menyertai INFAQ? Lengkapkan borang di bawah:

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com