fbpx

Sebelum membeli kereta Axia baru

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 296Words
  • 266Views

1. Jika anda berhasrat untuk membeli kereta AXIA baru ini pastikan pendapatan bulanan anda sekurang-kurangnya 3,216.67.

2. Rule of thumb untuk membeli kereta ialah harga kereta bersamaan 12 bulan gaji atau pendapatan. Jika lebih, ia hanyalah hasutan.

3. Kereta adalah alat untuk bergerak dari titik A ke titik B tidak lebih daripada itu. Selebihnya, bukan lagi keperluan tapi kemahuan sahaja tu.

4. Berdasarkan statistik daripada Jabatan Insolvensi Malaysia, hutang kereta antara penyebab kes bankrapsi malah pernah mencatatkan kes paling tinggi berbanding hutang kad kredit, hutang personal financing, hutang rumah dan lain-lain.

5. Kereta ialah alat bukan matlamat. Tanpa kereta kita masih ada cara lain untuk bergerak.

6. Sekiranya ansuran kereta melebihi 15% daripada pendapatan bulanan, selalunya ia akan menjadi beban kepada kita. Lagi tinggi lagi banyak bebanannya.

7. Kos membeli dan membela kereta bukan sekadar ansuran bulanan tapi ada lagi kos-kos lain seperti petrol, tol, parking, servis, aksesori, car wash, takaful, roadtax dan sebagainya.

8. Biar pakai kereta murah di waktu muda, asalkan hidup selesa di hari tua. Daripada beli kereta mahal di waktu muda tapi menyesal di hari tua.

9. Nak beli kereta mahal? Mahalkan gaji dan pendapatan kita dulu, barulah beli kereta mahal.

(Iklan: Jom tambah pendapatan secara online guna handphone sahaja dgn sertai kami di INFAQ Consultancy sbg konsultan takaful klik di sini)

10. Beli kereta tak salah, tapi ramai membeli kereta yang salah.

11. Salah beli kereta, ia akan membawa kita menuju ke #nerakawang

Ok, ready untuk dikecam. Saya mulakan dulu

“Tak logik langsung. Kalau macam ni, bila la kami nak merasa beli kereta?”

“Aku gaji 2k, elok je pakai Honda”

“Aku punya duit. Suka hati la nak beli kereta apa”

“Alaaaa.. Dia ni nak jual barang dia je la”

Sebagaimana dijangka dlm posting di atas, akan ada pihak yang tak puas hati.

Saya sambung di sini

Ada tambahan?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada salesman kereta tak puas hati tulisan pasal tip membeli…