Kenapa Anda Sentiasa Rasa Duit Tak Cukup? Semak 8 Perkara Ini

Artikel ini diambil dari FB Tuan Salkukhairi Abd Sukor  dengan keizinan beliau.

KENAPA ANDA SENTIASA RASA DUIT TAK CUKUP? CUBA SEMAK 8 PERKARA INI?

  1. Cuba semak hubungan anda dengan Allah. Solat anda macam mana? Adakah anda pernah tinggal solat? Adakah anda solat di awal waktu? Adakah anda solat fardu berjamaah di masjid? Adakah solat anda khusyuk?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup mungkin kerana tidak “mencukupkan” hak anda dengan Allah.
  2. Cuba semak hubungan anda dengan AlQuran. Adakah anda baca Al-Quran setiap hari? Adakah anda memahami ayat-ayat AlQuran yang anda baca? Adakah anda terus belajar dan mengajar Al-Quran kepada orang lain?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup kerana mungkin tidak “mencukupkan” diri anda dengan Al-Quran.
  3. Cuba semak hubungan anda dengan Rasulullah? Sehari berapa kali anda berselawat kepada Nabi SAW? Berapa banyak anda amalkan sunah nabi dalam kehidupan harian anda?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup mungkin kerana tidak “mencukupkan” diri anda untuk mencintai Rasulullah.
  4. Cuba semak hubungan anda dengan ibu bapa anda? Berapa kerap anda ziarah ibu bapa anda? Berapa kali sehari semalam anda mendoakan kedua ibu bapa anda? Sekerap mana anda telah berkhidmat untuk ibu bapa anda? Adakah anda pernah mengguris hati ibu bapa anda?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup mungkin kerana tidak “mencukupkan” hak ibu bapa anda.
  5. Cuba semak bagaimana hubungan anda dengan orang lain? Adakah hubungan anda dengan orang lain baik baik sahaja? Atau anda selalu menyebabkan orang lain tidak selesa dengan anda? Atau adakah anda selalu menyakitkan hati orang lain? Atau tidak suka bersilaturrahim dengan orang lain dan tidak mendoakan kesejahteraan orang lain?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup kerana mungkin tidak “mencukupkan” hubungan dengan orang lain.
  6. Cuba semak bagaimana anda bekerja dan mendapatkan sumber pendapatan anda? Adakah anda selalu tidak jujur dan tidak amanah dalam kerja yang dilakukan? Adakah anda bekerja semata-mata untuk dapat wang sahaja? Adakah dalam pekerjaan anda, anda selalu menyusahkan orang lain?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup kerana mungkin “tidak mencukupkan” pekerjaan yang sepatutnya diamanahkan kepada anda.
  7. Cuba semak juga bagaimana hubungan anda dengan isteri/suami dan anak-anak anda? Adakah anda mendidik dan mengajak ahli keluarga anda ke jalan Allah? Adakah anda selalu mengabaikan hak isteri/ suami dan anak-anak anda? Adakah anda selalu berkira-kira atau kedekut dengan keluarga anda?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup kerana mungkin anda tidak “mencukupkan” hak dan tanggungjawab anda terhadap isteri/suami dan anak-anak anda.
  8. Cuba semak hubungan anda terhadap harta yang anda ada. Adakah anda mengeluarkan zakat yang sepatutnya? Adakah anda bersedekah setiap hari? Adakah anda ringan tangan untuk mengeluarkan wang anda untuk tujuan Islam? Atau wang anda habis ke tempat yang tidak tahu di mana?Barangkali anda sentiasa rasa tidak cukup mungkin kerana anda tidak “mencukupkan” pembersihan harta-harta anda.
  • Maka, justeru itu, masakan mungkin kita akan rasa cukup andainya diri kita sendiri pun tidak mencukupkan tanggungjawab kita sendiri.
  • Yakinlah, anda pasti akan rasa CUKUP DENGAN DUIT ANDA selepas anda MENCUKUPKAN semua perkara di atas.Tak percaya, CUBALAH!
  • Hidup bukan untuk MENERIMA tetapi adalah UNTUK MEMBERI.

Moga menjadi muhasabah untuk diri kita bersama.

Ikhlas daripada;

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Kuantan Pahang

 

Sumber dari FB Salkukhairi Abd Sukor

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com