Kenapa caj hospital lebih mahal bila guna medical card?
Sehari dua lepas, satu prosiding tertutup oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berlangsung di Parlimen bagi menyiasat isu yang semakin membebankan rakyat, kenaikan premium insurans kesihatan yang tidak masuk akal.
Isu ini bukan sekadar soal angka di atas kertas, tapi realiti yang semakin menekan dompet rakyat.
Salah satu isu utama yang dibangkitkan ialah perbezaan caj rawatan di hospital swasta, di mana pesakit yang menggunakan medical card takaful atau insurans akan dikenakan bayaran jauh lebih tinggi berbanding mereka yang membayar tunai.

Situasi ini jelas menunjukkan wujudnya amalan double standard yang selama ini mungkin tidak ramai perasan.
Apa yang lebih ironik, isu ini bukanlah sesuatu yang baru.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah artikel lama yang pernah saya tulis pada tahun 2009 bertajuk “AWAS Kepada Pemegang Medical Card: Kisah dan Panduan”.

Tulisan ini masih boleh dibaca di blog saya, www.afyan.com
Hampir 20 tahun berlalu, tapi masalah yang sama terus menghantui pengguna medical card di Malaysia.
Nampaknya, isu ini kekal tanpa sebarang penyelesaian tuntas, seolah-olah tiada pihak yang benar-benar serius mahu memperbaiki sistem yang ada.

Dalam prosiding PAC terbaru ini, didedahkan bahawa caj rawatan di hospital swasta boleh meningkat sehingga empat kali ganda apabila pesakit menggunakan medical card takaful atau insurans.

Bagaimana perkara ini boleh berlaku?
Apabila hospital mengenakan caj yang lebih tinggi kepada pesakit yang menggunakan medical card, tabungan tabarru’ dalam takaful akan makin menyusut.
Akibatnya, syarikat takaful atau insurans tiada pilihan lain selain menaikkan kadar sumbangan takaful atau premium insurans untuk menampung kos tersebut pada tahun mendatang.
Dan siapa yang akhirnya terpaksa menanggung beban ini?
Tidak lain, tidak bukan adalah pengguna sendiri.
Beberapa contoh yang dibentangkan dalam prosiding tersebut cukup membuka mata.
– Kos rawatan pneumonia boleh menjadi tiga kali ganda lebih mahal jika pesakit tidak menggunakan Surat Jaminan (GL).
– Rawatan bagi pesakit denggi pula boleh meningkat sehingga empat kali ganda.
Ini bukan angka kecil! Ini adalah beban kewangan yang besar kepada rakyat yang sepatutnya mendapat perlindungan daripada insurans atau takaful yang mereka bayar setiap bulan.
Selain itu, beberapa sisi gelap industri ini turut didedahkan.
– Terdapat hospital yang disenarai hitam secara rahsia,
– Perlindungan untuk rawatan kritikal yang terhad
– Ada ejen insurans dan takaful yang memberikan nasihat mengelirukan kepada pelanggan
Jadi, di mana silapnya?
Siapa yang harus bertanggungjawab?
Sebenarnya, penyelesaian kepada masalah ini memerlukan kerjasama semua pihak.
– Syarikat takaful dan insurans perlu lebih telus dalam menguruskan dana dan melindungi kepentingan pelanggan.
– Pihak hospital dan doktor perlu menetapkan caj rawatan yang lebih adil dan tidak membebankan pesakit hanya kerana mereka memiliki medical card.
– Ejen takaful dan insurans pula mesti menjalankan tanggungjawab mereka dengan jujur, memberikan nasihat yang jelas dan tepat kepada pelanggan.
– Malah, pengguna juga perlu lebih peka terhadap hak mereka dan memahami polisi yang diambil.
Antara cadangan paling menarik yang diketengahkan dalam sesi PAC tersebut ialah penubuhan Skim Insurans Kesihatan Nasional (National Health Insurance – NHI), yang bertujuan
– Menawarkan persaingan kepada syarikat insurans dan takaful sedia ada.
– Menyediakan perlindungan kesihatan yang lebih saksama kepada seluruh rakyat Malaysia, tanpa mengira latar belakang atau kemampuan kewangan.
Sebenarnya perkara ini bukan cadangan baru. Sudah pernah diajukan sejak sekian lama.
Semoga kali ini cadangan ini diambil serius, bukan sekadar cadangan yang akan berlalu bagai angin.
Kesihatan adalah hak setiap individu, bukan keistimewaan untuk golongan tertentu sahaja.
Setiap ringgit yang dibayar untuk perlindungan kesihatan sepatutnya memberi rasa aman, bukannya menambah beban kewangan.
Sebenarnya sekarang pun sudah ada alternatif program-program crowd-sharing medical card, yang memberi alternatif kepada medical card takaful inaurnas sedia ada.

Sekarang ada alternatif kepada medical card, iaitu program crowd sharing medical. Para peserta akan berkongsi kos perubatan di kalangan mereka dengan maksima RM50 sebulan + yuran keahlian.
Jika tak ada peserta yang masuk hospital, maka tiada perkongsian kos bulan tersebut. Namun ia bukan di bawah BNM seperti syarikat takaful. Contohnya program WeKongsi, ada pengesahan syariah
Para peserta akan berkongsi kos perubatan di kalangan mereka dengan maksima RM50 sebulan + yuran keahlian.
Jika tak ada peserta yang masuk hospital, maka tiada perkongsian kos bulan tersebut.
Cuma ia adalah dikendalikan oleh pihak swasta dan tidak ada kawal selia perundangan seperti syarikat takaful dan insurans di bawah Bank Negara Malaysia.
Contohnya program WeKongsi, ada pengesahan syariah. Rujuk gambar terakhir. Detail di sini
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran