fbpx

Kelebihan menjadi ejen takaful berbanding wakil rakyat: Kontrak janji vs. manifesto

  • 6 months ago
  • 2Minutes
  • 363Words
  • 263Views

1. Jadi wakil takaful lagi best daripada jadi wakil rakyat atau ahli politik.

2. Kontrak polisi takaful adalah janji, bukan sekadar manifesto. Tapi dalam politik, manifesto bukan janji.

3. Buku manifesto – walaupun dicetak cantik, dijadikan poster, dijadikan billboard, dijadikan bahan kempen ceramah – bukanlah sebuah kontrak yang sah.

4. Tapi buku polisi, walaupun hanya dicetak hitam putih – ia adalah kontrak yang sah. Mana-mana pihak yang tidak mematuhinya – sama ada pelanggan atau syarikat – boleh menyebabkan polisi tidak sah atau boleh diambil tindakan.

5. Jadi ejen takaful boleh jadi kaya dan dapat income lebih banyak dari Menteri, malah Perdana Menteri. Tapi dalam politik, takkan jadi kaya dengan hanya sekadar menjadi Menteri atau Perdana Menteri. Tapi dengan jawatan itu, boleh jadi kaya apabila dapat kumpul kroni dan projek.

6. Tak perlu jilat untuk naik. Cukup syarat, boleh naik terus terus dari ejen takaful kepada Agency Manager dan Group Agency Manager. Tapi dalam politik, bagus macamana pun kalau tak jilat orang atas, tak dapat nak naik.

Ejen takaful yang tak dapat-dapat naik pangkat walaupun dah lama jadi ejen selalunya tak cukup syarat naik pangkat.

7. Kalau yang jenis cakap berbelit, suka berjanji tapi tak tepati – memang tak mampu bertahan lama sebagai ejen takaful. Tapi kalau dalam politik, jenis yang macam ni akan bertahan lama.

8. Kalau ejen takaful dapat pelanggan, akan dapat komisen dari bayaran pelanggan. Tapi kalau ahli politik, untuk dapatkan sokongan kena keluar duit bagi pada penyokong.

9. Ejen takaful yang tak kompeten, tak cukup training, tak cukup COD hours – lama kelamaan kena terminate. Tapi ahli politik yang tak lawat kawasan kecuali waktu PRU, yang tak datang sidang parlimen, yang datang parlimen pun jadi pasu bunga – boleh bertahan lama.

10. PERHATIAN: Kontrak pelanggan adalah dengan syarikat takaful, bukan dengan ejen. Apa yang ejen janji, minta mereka tunjuk dalam kontrak polisi. Jika tak ada, hati-hati. Silap pilih wakil takaful, macam silap pilih wakil rakyat.

Banyak lagi la kelebihan jadi wakil takaful berbanding jadi wakil rakyat / ahli politik.

Afyan Mat Rawi
Tahun ke-20 sebagai ejen takaful

Sertai kami sebagai konsultan kewangan. Saya akan bimbing anda hingga berjaya!

Berminat nak join team kami INFAQ Consltancy ? Klik link di bawah
Klik di sini
Klik di sini
Klik di sini

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Lupa pula saya nak update perkembangan kes ini di Page.…