fbpx

Gagal Membuat Tuntutan Ke Atas KWSP Milik Arwah Suami

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 467Words
  • 318Views

Cuba bayangkan ia berlaku kepada anda?Keluarga anda? Isteri anda?

Kisah ini diambil dari FB Tuan Wan Kamaruddin, bekas pengacara Edisi Siasat NTV7.

Sedih membaca kisah ini apabila seorang balu yang gagal membuat tuntutan ke atas KWSP milik arwah suaminya yang baru meninggal kerana penama ialah ibu mertuanya yakni ibu arwah suami.

Dan tambah perit, apabila si ibu menganggap ia adalah miliknya seorang.

Pengajaran dari kisah ini;

  • 1. SEMAK dan KEMASKINI maklumat penama yang anda letak pada penamaan KWSP.

Biasanya penama KWSP dibuat ketika baru bekerja, masih bujang, biasanya nama ibu.

Selepas bertahun-tahun maklumat itu tidak dikemaskini sekalipun sudah berkahwin dan beranak-pinak.

Malah mungkin ibu selaku penama pun sudah tiada.

Lebih bahaya jika letak nama kekasih sebagai penama dan kemudian berkahwin dengan orang lain tapi penama tidak dikemaskini.

Cuba bayangkan, balu buat tuntutan KWSP arwah suami tiba-tiba penama ialah nama bekas “crush” suami 20 – 30 tahun lepas????!!!

Haru!!!

  • 2. Bukan sekadar KWSP, juga aset-aset lain yang boleh diletakkan penamaan seperti takaful, ASB, Tabung Haji, koperasi, dan sesetengah unit trust.

Ada aset yang boleh kita letakkan penama. Dalam masa sama ada juga aset yang tidak boleh diletakkan penama secara mudah.

Boleh diletakkan penama melalui wasiat.

Dengn adanya penama ia memudahkan proses tukar milik harta si mati kepada yang masih hidup untuk diuruskan.

  • 3. Pilih penama yang sudah berusia matang dan boleh dipercayai.

Pastikan penama yang dilantik mempunyai kemampuan untuk menguruskan harta tersebut selepas ketiadaan kita.

Jangan letakkan anak yang masih bawah umur sebagai penama. Ia akan menimbulkan masalah di kemudian hari.

Antara cara paling selamat ialah melantik syarikat pemegang amanah atau syarikat trustee.

  • 4. PALING PENTING: Educate dan berikan kesedaran kepada penama bahawa fungsi sebenar mereka sebagai pemegang amanah, bukan penerima hak atau benefisari.

Kalau tak nanti, mereka menganggap mereka sebagai penerima harta pusaka berkenaan.

Walahlah hanya sebagai pemegang amanah dsn bertanggungjawab untuk membayar hutang dan menguruskan harta arwah si mati berdasarkan hasrat si mati untuk diwakafkan, jika ada.

Selepas selesai yang lain, barulah dibahagikan mengikut faraid.

Jika tidak, berlaku masalah seperti di atas.

  • 5. RANCANG PUSAKA supaya ia tidak jadi fitnah selepas kita meninggal dunia nanti, sama ia menjadi beban, menyusahkan dan rebutan di kalangan waris atau harta pusaka kita menjadi beku lantaran tiada waris yang sudi uruskan.

Rancang pusaka bukan sekadar menulis wasiat. Ia lebih daripada itu.

Ia juga meliputi perancangan membayar hutang. Perancangan meninggalkan waris dalam keadaan aman. Merancang sedekah wakaf untuk menjadi aset di dalam kubur dsn sebagainya.

Ia lebih daripada sekadar menulis wasiat dan melantik penama.

Damai menganggap buat wasiat dah cukup, sebenanrya belum tentu.

Macam kes di atas, isunya bukan sebab tak ada penama dan harta beku. Tapi sebab tak Aa perancangan pusaka yang betul ketika hidup.

Kesannya ialah kepada waris yang ditinggalkan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Jika berminat sebagai Perunding Pusaka bersama INFAQ Consultancy, isi borang di https://infaq.my/kerjaya-pusaka/

Isi Borang

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kira-kira RM66 bilion harta pusaka orang Islam tidak dapat dituntut…