Kenapa final guarantee letter (GL) ditolak? Adakah langgar akad?

KENAPA FINAL GUARANTEE LETTER (GL) DITOLAK? ADAKAH LANGGAR AKAD?
Isu penolakan final GL selepas rawatan sering menimbulkan kekeliruan.
Ramai beranggapan apabila initial GL sudah diluluskan, maka pihak takaful terikat untuk membayar semua kos rawatan.
Tapi realitinya lebih kompleks.
Dalam sistem perubatan swasta yang menggunakan medical card, terdapat dua peringkat GL: initial GL (semasa masuk hospital) dan final GL (semasa discaj).
Initial GL hanya merujuk kepada kelulusan awal berdasarkan diagnosis awal dan jangkaan kos rawatan.
Namun apabila rawatan berjalan, kadangkala berlaku perubahan diagnosis atau prosedur yang tidak dimasukkan dalam GL asal.
Jika perubahan ini tidak dimaklumkan semula kepada pihak takaful atau tidak dimohon GL tambahan, maka final GL boleh ditolak.
Contohnya, pesakit dimasukkan dengan simptom demam dan GL diluluskan untuk rawatan itu.
Tetapi semasa rawatan, doktor dapati pesakit juga ada masalah jantung dan menjalankan prosedur berkaitan.
Jika hospital tidak kemaskini maklumat ini dan mohon GL baru, maka GL akhir akan dinilai tidak selari dengan GL awal, dan ditolak.
Jadi, penolakan final GL bukan semestinya pelanggaran jaminan yang diberikan.
Medical card bukan satu kontrak jaminan mutlak untuk semua jenis rawatan.
GL bukanlah kontrak atau aqad. Ia adalah surat jaminan atau wa’ad / janji.
Ia adalah fasiliti untuk mudahkan pembayaran, tertakluk kepada syarat polisi, had manfaat, pengecualian dan laporan perubatan yang lengkap.
Dari sudut fiqh muamalat, selagi mana pihak takaful menunaikan tanggungjawab berdasarkan terma yang dipersetujui dalam sijil polisi (bukan semata-mata surat GL), maka ia tidak dianggap melanggar akad.
Yang penting: penolakan GL tidak bermakna tuntutan ditolak.
Pesakit masih boleh kemukakan tuntutan bayaran balik (reimbursement) jika rawatan benar-benar layak dan dilindungi dalam polisi.
Cuma dari segi operasi, sistem GL ini perlu diperbaiki agar lebih telus dan mesra pelanggan.
Ramai pelanggan tidak tahu pun wujud dua peringkat GL. Ejen pun mungkin tak perasan.
Mereka hanya nampak satu surat lulus, dan anggap ia muktamad.
Justeru, hospital dan ejen juga perlu main peranan beri penerangan awal tentang GL initial dan GL final.
Banyak perkara yang perlu ditambah baik untuk kebaikan semua, terutama kepada pelanggan yang menanggung hutang kos rawatan akibat penoakan final GL.
KESIMPULAN:
1. Final GL ditolak biasanya berpunca daripada maklumat rawatan yang berubah dan tidak dikemaskini.
2. Ia bukan secara automatik melanggar akad, selagi syarat polisi dipatuhi.
3. Tuntutan masih boleh dibuat secara reimbursement jika layak.
4. Komunikasi yang jelas antara hospital, ejen, syarikat dan pelanggan amat penting.
Fahami beza antara fasiliti GL dan hak pampasan dalam polisi takaful.
Medical card bukan magical card.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran