fbpx

Main Kutu Satu Kesalahan

  • 6 years ago
  • 4Minutes
  • 661Words
  • 667Views

Best sangat ke main kutu?

Tahukah anda, main kutu sebenarnya tertakluk kepada akta?

Akta Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

Semenjak dari zaman sekolah, saya memang tak suka main kutu. Tapi selalu tengok orang main kutu.

Selalunya geng main kutu ni ada objektif khusus.

Contohnya, nak beli barang eletrik yang berharga RM1,000, buat pakatan 10 orang dengan wang kutu RM100 seorang dan dicabut giliran selama 10 bulan.

Atau juga objektif tertentu utk melancong, untuk anak masuk sekolah dan sebagainya.

Orang yang paling untung ialah orang yang kena dapat giliran pertama, seterusnya giliran kedua dan yang paling “rugi” ialah yang mendapat giliran terakhir.

Baik, kita lihat satu per-satu pro dan kontra main kutu

SEBAB ORANG MAIN KUTU

Kenapa orang suka main kutu berbanding simpanan sendiri, walhal kalau simpan sendiri lebih selamat dan terjamin malah jika simpan di ASB atau TH akan ada pulangan?

1. Sebab nak dapat duit segera. Lebih-lebih lain kalau dapat giliran pertama. Rasa macam untung besar bila jadi giliran pertama walhal ia tidak lain hanyalah hutang. Orang bersama berhutang dengan ahli-ahli lain dalam kumpulan kutu.

2. Sebab malas nak membuat simpanan sendiri. Kalau main kutu, ada kawan-kawan tolong remind.

3. Ada tarikan aktiviti berkumpulan. Main kutu perlu berkumpulan jadi ia lebih menyeronokkan berbanding simpan sendiri seorang-seorang.

4. Lebih nampak objektif dan time-frame. Main kutu ada junlah tertentu dan tempoh tertentu. Jadi lebih nampak jelas objektif tersebut berbanding simpan sendiri.

5. Ada elemen “force-saving”. Tak ada isitilah “lupa” dalam main kutu sebab semua ahli kumpulan akan ingatkan satu sama lain. Tapi kalau simpan sendiri, selalu lupa atau buat-buat lupa.

(Ada lagi sebab lain?)

PRO

1. Orang yang paling untung dalam main kutu ialah orang yang mendapat giliran pertama.

2. Ada elemen “force-saving” apabila setiap bulan seluruh ahli keluarga kutu akan saling berikan peringatan untuk membayar wang kutu.

(Ada lagi kebaikan main kutu? Saya jumpa ini sahaja)

KONTRA

1. Wang kutu tidak menghasilkan sebarang pulangan. Jika wang sama diletakkan dalam ASB atau Tabung Haji, paling kurang ia menghasilkan keuntungan sekitar 6% setahun.

2. Wang kutu berisiko digelapkan oleh ibu kutu yang tidak amanah. Tiada sebarang jaminan wang tersebut dijaga dengan baik oleh ibu kutu.

3. Tiada sebarang jaminan bahawa semua ahli kutu mendapat wang pada masa yang ditetapkan.

4. Apa akan jadi jika tiba-tiba dalam tempoh kutu itu berlangsung, salah seorang ahli kutu meninggal dunia? Adakah semua orang berhutang kepada ahli yang meninggal tadi? Atau mungkinkah yang meninggal itu juga berhutang? Bagaimana dengan hak waris faraidh pula? Kan dah masuk bab faraidh dan pusaka pula.

5. Kadang-kadang ada kumpulan kutu yang mengenakan caj tertentu daripada wang kutu untuk menyertai. Jadi, mungkin timbul soal hukum muamalat pula di situ supaya tidak timbul riba, gharar atau maisir.

6. Main kutu sangat berisiko ditipu. Ditipu oleh ibu kutu. Ditipu oleh ahli kutu. Ditipu oleh Kal Long kutu yang dapat giliran pertama dan sebagainya. Jadi ia berisiko dari awal hingga akhir program.

7. Sebenarnya juga, sudah ada akta berkenaan wang kutu di Malaysia. Dalam Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang apabila perniagaan menjalankan kegiatan kumpulan wang kutu.

8. Aktiviti wang kutu ialah aktiviti berhutang. Orang yang mendapat giliran pertama sebenarnya berhutang terhadap ahli-ahli lain. Manakala orang terakhir pula sebenarnya menerima kembali wang yang diberinya sebagai pemiutang.

ALTERNATIF KUTU

1. Buat simpanan sendiri. Jika simpan dalam ASB atau Tabung Haji, boleh pula dapat keuntungan. Selamat. Tiada risiko kena tipu.

2. Buat pinjaman. Pinjam dengan kawan-kawan. Yang penting, lepas itu kena bayar balik wang pinjaman kita dengan kawan-kawan kita.

(Lebih baik membuat simpanan sendiri berbanding berhutang)

3. Buat pelaburan. Alang-alang berisiko menyertai aktiviti kutu, lebih baik berisiko menyertai pelaburan yang sah seperti saham, unit trust, emas dan sebagainya. Berisiko tapi mempunyai peluang mendapat pulangan yang lebih tinggi berbanding main kutu yang berisiko tapi hanya mendapat jumlah modal sahaja.

KESIMPULAN.

1. Sebenarnya, yang lebih penting ialah berdisiplin. Ia perkara penting dalam pengurusan kewangan.

2. Main kutu kena disiplin. Kalau tak, akan menyusahkan orang lain dan diri sendiri.

3. Alternatif-alternatif kutu di atas pun perlukan disiplin. Membuat simpanan perlukan disiplin. Meminjam wang juga perlukan disiplin membayar hutang. Melabur lagi-lagi memerlukan disiplin.

Afyan Mat Rawi

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Seminar Bijak Merancang Wang Edisi November 2018 Siapa yang patut…