fbpx

Kenapa medical card makin mahal, tapi takaful kereta boleh makin murah? Tak boleh ke macam takaful kereta?

  • 3Minutes
  • 420Words
  • 35Views

“Kenapa medical card makin mahal, tapi takaful kereta boleh makin murah?”

Soalan ini kerap ditanya oleh nerizen. Nampak macam tak logik, kan?

Tapi kalau kita faham bagaimana sistem takaful berfungsi, kita akan nampak gambaran yang lebih jelas.

1. Kos rawatan hospital memang naik setiap tahun.

Dalam industri, kita panggil ini “medical inflation”. Setiap tahun, kos hospital naik, daripada bayaran bilik, doktor, ubat-ubatan, sehinggalah rawatan pakar dan pembedahan.

Jika kos rawatan naik, pelan takaful perubatan pun terpaksa ikut naik supaya pelan masih mampu lindungi kos sebenar ketika berlaku tuntutan.

2. Nilai kereta makin lama makin turun.

Kereta bukan aset yang naik nilai. Ia akan susut nilai setiap tahun. Apabila nilai kereta menurun, jumlah perlindungan pun menurun.

Maka, caruman takaful kereta boleh jadi makin rendah, terutama kalau tiada tuntutan dibuat.

3. Risiko manusia naik dengan umur, tapi risiko kereta boleh dikawal.

Tubuh badan manusia, makin tua makin tinggi risiko untuk dapat penyakit. Tapi kereta, kalau pemandu tak pernah buat tuntutan, rekod bersih, syarikat takaful akan bagi diskaun seperti NCD.

Jadi, risiko untuk manusia naik ikut umur, tapi risiko untuk kereta tidak begitu.

4. Medical card tidak wajib, tapi takaful kereta wajib.

Ini faktor besar. Untuk hidup, kita tak wajib ada medical card. Tapi untuk terus memandu atas jalan raya, kita wajib ambil takaful kereta (sekurang-kurangnya third party) untuk renew roadtax.

Ini menyebabkan jumlah peserta takaful kereta sangat tinggi. Lagi ramai peserta, lagi tinggi tabungan (risk pool), dan lebih stabil kos.

Malah sekarang, syarikat takaful am pun hadkan pengambilan ejen baru sebab ejen dah terlalu ramai.

5. Takaful perubatan, ramai ambil dan ramai juga berhenti.

Satu cabaran dalam takaful perubatan ialah konsistensi peserta. Ada orang ambil medical card beberapa tahun, tapi sebab tak pernah guna, dia berhenti.

Apabila ramai buat begitu, ia ganggu kestabilan tabungan. Akhirnya, beban kos perlu ditanggung oleh peserta lain yang masih aktif dan berpenyakit.

Perkara ini tak berlaku dalam takaful kereta sebab wajib.

6. Industri automotif ada adjuster, industri perubatan tiada.

Untuk kereta, apabila berlaku kemalangan, adjuster akan semak dan kawal kos pembaikan. Bengkel tak boleh caj sesuka hati.

Tapi dalam hospital, tiada adjuster pihak ketiga yang kawal kos. Kadang-kadang, apabila pesakit guna medical card, kos rawatan lebih tinggi berbanding kalau dia bayar sendiri.

Kesimpulannya, beza antara medical card dan takaful kereta bukan sekadar pada produk, tapi juga pada tabiat pengguna, sistem industri, dan cara risiko dikendalikan.

Medical card perlukan kesedaran dan komitmen jangka panjang. Kalau kita tunggu sampai sakit baru nak langgan, memang akan ditolak.

Tapi kalau ambil awal dan konsisten, kita sedang bantu stabilkan sistem untuk semua.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebab? 1. Sebab boleh 2. Yg viral selalunya ada plot twist.…