fbpx

Kenapa orang Malaysia suka ke restoran mamak berbanding restoran lain

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 283Words
  • 405Views

Kenapa orang Malaysia suka ke restoran mamak berbanding restoran lain:

1. Pantas betul servis – order cepat, makanan sampai pantas, tak perlu lama-lama tunggu. Bak lirik lagu Ejen Ali The Movie “Mamak Maju… Servis Lajuuuu”.

2. Pekerja gigih – berdiri 24 jam, ambil pesanan, layan pelanggan, dan kemas meja kotor. Pantas ambil order dan pantas sampai.

3. Makanan pelbagai – ada macam-macam makanan, dari masak Melayu sampai western, puas hati Pilih. Ada roti canai, telur separuh masak, nasi lemak, sotong, ikan, dan banyak lagi. Semua ada, asalkan ada duit.

4. Teh tarik sedap gila – minum teh tarik mamak, sedap gila, air masak pun jadi kurang manis.

5. Tempat lepak best – suasana santai, relax je duduk lepak lama-lama takde hal.

6. Boleh lepak berjam-jam – diorang tak halang lepak lama, boleh borak puas-puas.

7. Suka tolong personalize – boleh request macam-macam, janji puas hati.

8. Buka 24 jam – bila-bila pun boleh makan, tak perlu risau lapar tengah malam.

9. TV besar untuk tengok bola – boleh jerit dan suka-suka menonton bola tanpa risau mengganggu orang lain. Dah jadi macam mini stadium.

10. Hormati waktu Jumaat – banyak kedai mamak tutup pada waktu solat Jumaat, pekerja pergi solat.

11. Pengkhususan kerja – setiap pekerja tugasnya jelas. Cashier di cashier, tukang tebar roti canai hanya tebar roti canai, pembasuh pinggan layak di dapur, dan penggoreng masak dari awal hingga akhir.

12. Mudah mesra dan PR yang bagus – Kalau kita kerap ke restoran yang sama, pekerja boleh ingat pesanan kita dan mengenali kita serta keluarga.

13. Tempat penyatuan bangsa – semua bangsa boleh makan di sini, menjadi tempat berkumpul dan berbaur.

Ada nak tambah?

Afyan Mat Rawi, IFP <—- Jangan lupa follow mamat ni utk lagi tip-tip kewangan dari Wakanda.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pagi ini di sini. Kali pertama ke sini. Masuk-masuk daripada…