fbpx

Kenapa Rakyat Malaysia Berhutang

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 310Words
  • 495Views

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

KENAPA RAKYAT MALAYSIA BERHUTANG?

Pernahkah kita terfikir penyebab rakyat Malaysia terpaksa berhutang?

Menurut statistik, lebih 50 peratus punca bebanan hutang yang dihadapi oleh rakyat Malaysia adalah disebabkan oleh kegagalan menguruskan kewangan.

Antara punca yang telah dikeluarkan oleh AKPK menunjukkan bahawa lebih 20 peratus rakyat Malaysia dibebani hutang disebabkan kurangnya kesedaran tentang perancangan kewangan.

Tidak dinafikan bahawa ilmu tentang pengurusan kewangan ini tiada dalam silibus yang diperlajari secara rasmi, tetapi untuk menimbulkan kesedaran perlunya kita sendiri untuk mencari ilmu berkaitan supaya kita mampu mengurus kewangan dengan bijak.

Selain itu, kos perubatan yang tinggi juga menjadi penyebab rakyat Malaysia terpaksa berhutang.

Penyelesaian kepada masalah ini boleh diatasi melalui pengurusan pelan takaful. Selain daripada pelan perubatan, kita juga boleh menyediakan perlindungan pendapatan yang akan menjadi alternatif kepada masalah kemungkinan kehilangan pendapatan.

Punca yang seterusnya adalah disebabkan hutang kad kredit.

Masalah ini juga boleh diatasi dengan adanya ilmu pengurusan kewangan memandangkan kad kredit merupakan pinjaman yang mudah tetapi dengan faedah yang tinggi berbanding pinjaman yang lain.

Manakala kos sara hidup yang sering digembar-gemburkan sebagai punca kononnya rakyat Malaysia terpaksa berhutang adalah hanya melibatkan 4.5 peratus sahaja.

Justeru, pelan simpanan yang telah dirancang sejak awal lagi dapat membantu mengatasi masalah ini daripada membelenggu rakyat kebanyakan.

Jika dilihat daripada punca masalah beban hutang rakyat Malaysia di atas, maka jelas di sini bahawa setiap daripada kita perlu kepada ilmu dalam pengurusan kewangan supaya nanti kita dapat sekurang-kurangnya bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku di masa hadapan.

Maklumat ini terdapat dalam e-book #Seminar #BMW dan diolah semula dengan bahasa sendiri.

Untuk sebarang pertanyaan tentang kewangan atau takaful, boleh hubungi atau PM saya melalui link Wassup di ruangan dan saya akan cuba bantu secara percuma.

Perunding kewangan dan takaful anda.

Follow dan Set See First untuk tips kewangan dan kehidupan yang lebih menarik.

Zahiruddin Juatin
INFAQ Consultancy
Ranau, Sabah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari muamalat.my Isu Hukum Tukaran Emas Perhiasan Lama Dengan…