fbpx

“Kenapa “Rate” Perbankan Islam Sama Je Dengan Perbankan Konvensional?”

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 414Words
  • 917Views

Dipetik dari FB Wan Hafizi

“Kenapa “rate” perbankan Islam sama je dengan perbankan konvensional?”
Jawab,

Kita hidup dalam dunia yang kedua-dua institusi itu wujud secara berjiran-tetangga. “Side-by-side” bak kata orang putih.

Perlu difahami terlebih dahulu bahawa Bank menggunakan duit pendeposit untuk buat aktiviti “bisnes” mereka. Ya, duit deposit dalam akaun yang kita semua simpan kat Bank tu lah.

Jadi sebahagian dari untung yang Bank dapat akan diagihkan semula kepada pendeposit dalam bentuk “pulangan” tertentu e.g. interest, profit, hibah.

Maka, sudah tentulah “rate” kadar untung perbankan Islam kena setara dengan bank konvensional. Kalau perbankan Islam bagi “rate” lebih rendah, macam mana mereka nak bagi pulangan yang tinggi atau setimpal dengan kadar yang bank konvensional bagi kepada pendeposit mereka?

Kalau perbankan Islam bagi “rate” rendah, maka pulangan yang mereka boleh bagi juga akan lebih rendah. Jika ini berlaku, maka keadaan akan bertambah teruk, sebab para pendeposit perbankan Islam akan bawak keluar duit mereka dari perbankan Islam dan letak di bank konvensional sebab untung lagi tinggi.

Ini “waterfall effect” yang boleh melumpuhkan institusi perbankan Islam.
Kalau takde deposit, macam mana mereka nak terus berniaga?

Mungkin ada yang kata, “Takkanlah orang Islam nak bawak keluar deposit dari bank Islamik semata-mata sebab dapat pulangan sikit.”
Kita jawab begini,

“Tuan/Puan orang yang beriman dan bertaqwa. Jadi bab untung sikit ni tak mempengaruhi Tuan/Puan. Namun hakikatnya masyarakat kita umumnya bukan macam tu. Contoh mudah ialah bila KWSP buat akaun Islamik yang tak janji pulangan tetap minimum macam KWSP konvensional pun, dah ramai yang marah dan tak jadi nak tukar ke Islamik. Maka kes Tuan/Puan ni ialah “exception”, bukan “rule”. Kes minoriti.”
———-
Jadi cadangan sesetengah orang supaya perbankan Islam kena tawarkan harga lebih murah berbanding konvensional kerana itu lebih Islamik pada fikiran mereka, adalah cadangan yang sebenarnya menzalimi perbankan Islam. Cadangan yang tak berpijak di bumi nyata.

Umpama para peniaga pasar malam, sama-sama jual goreng pisang. Kos harga bahan mentah sama, “target market” pun sama iaitu para pengunjung pasar malam yang sama, tapi kita mintak peniaga Islam tu kena jual lagi murah.

Kan tak adil tu.

Sekian.

P/s: Ini mungkin soalan yang basic bagi golongan bankers dan orang yang dah faham asas kewangan, tapi mungkin tidak bagi orang awam.

Jadi, siapa yang berjaya baca sampai habis dan faham tolong ketik butang “like”.

Tonton juga video ini : Kenapa perbankan Islam pun guna OPR?

@afyan.ifp

Reply to @_adamfik Kenapa perbankan Islam pun guna OPR? Jangan lupa FOLLOW dan LIKE!#JomBelajar #TikTokGuru #LearnOnTikTok #Motivasi #MotivasiKewangan #selamathariguru

♬ Motivation & Inspiration – Alec Koff


.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pagi-pagi dah cari fasal dengan geng bangsa forex. Agak-agak beliau…