fbpx

Jika Tiada Hujah, Patuh Sahaja Pada Fatwa

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 279Words
  • 330Views

Wang kertas, ASB, bank, forex, bank, Facebook, Bitcoin, Metaverse, Avangers, roti canai cheese, unit trust, insurans, MLM, cipan – semua ni tak ada zaman Nabi.

Apabila tidak ada dalam Quran dan Hadith, maka ia jadi perkara ijtihady dan alim ulama berijtihad mengenainya.

Ada perkara yang sepakat ulama mengharamkan atau mengharuskan.

Dan banyak juga perkara yang ulama berkhilaf dan berbeza pendapat.

Dalam berijtihad, semua pihak yakin mereka berada di pihak yang benar apabila mereka menggunakan segala kefahaman mereka dalam mentafsirkan Quran dan Hadith.

Apabila berkhilaf, para alim ulama saling hormat-menghormati. Jika mereka mengkritik pandangan yang berbeza, kritikan itu sarat dengan hujah Quran dan Hadith. Malah di pihak yang berbeza pandangan juga, membalas dengan hujah Quran Hadith.

Jadi, siapa yang tentukan salah atau benar? Allah sahaja yang maha mengetahui.

Allah menjanjikan pahala buat para alim ulama yang berijtihad menggunakan Quran Hadith Ijmak Qiyas, walaupun ijtihad itu salah.

Jika salah, satu pahala. Jika benar, 2 pahala!

Malah dalam Islam, khilaf sebegitu adalah rahmat! Itu menandakan bahawa Islam itu rigid pada prinsipal, tapi anjal pada pelaksanaan.

Sebagai orang awam, kita berpandukan petunjuk yang mereka bawa jika kita tidak ada ilmu agama.

Kita patuh sahaja fatwa-fatwa yang dibawakan. Jika tidak bersetuju, bawakan hujah Quran Hadith Ijmak Qiyas.

Tak perlu kutuk pihak yang berbeza pandangan. Itu bukan adab berkhilaf dalam Islam.

Tambah pelik, mengaku sesuatu perkara sebagai haram. Tapi buat juga benda haram tu. Contohnya geng forex.

Mengaku forex haram, tapi buat juga perkara haram. Lepas tu duk ajak orang join buat perkara haram. Lepas tu duk hentam perbankan Islam.

Itu namanya haram kuasa dua atau ringkasnya haram jadah. Baca juga artikel di bawah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Wan Hafizi https://www.facebook.com/myfikrah/posts/10211021774813133 "Kenapa "rate" perbankan Islam…