Kenapa saya jemput Dato Manap, bekas CEO Bank Muamalat, ke program Borak & MembaWang?

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:58Views

Beberapa orang rakan dalam bidang perbankan Islam bertanyakan, mengapa saya menjemput Dato’ Manap dalam program Borak & MembaWang: Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat?, yang diketahui sangat kritikal terhadap perbankan Islam. Sila tonton video di bawah.

“Kenapa kali ini saya menjemput tokoh yang banyak memberi persepsi negatif terhadap perbankan Islam?”

“Bukankah itu nanti akan menambahkan persepsi buruk kepada perbankan Islam?”

“Ia nanti memberi promosi percuma kepada kumpulan yang anti perbankan Islam”.

Itu antara beberapa pandangan yang diberikan oleh rakan-rakan.

Secara umumnya, saya bersetuju kerisauan yang diutarakan. Sebab selama ini diketahui saya banyak menulis dan menjawab tuduhan-tuduhan liar terhadap perbankan Islam.

Nama Dato Manap ini sudah establish daripada kalangan yang menolak perbankan Islam, saya akui perkara tersebut.

Sebenarnya asalnya saya menawarkan sesi live kepada beberapa Facebookers yang aktif menghentam perbankan Islam di FB saya, tapi tak ada seorang pun yang menerima.

Daripada situ muncul cadangan nama Dato Manap, dan saya bersedia untuk sediakan platform untuk beliau.

Platform program live Borak & MembaWang yang saya usahakan ini bukanlah sesi debat. Dalam program ini, saya sebagai host dan soalan-soalan adalah daripada penonton.

Saya hanya pemudah cara mengajukan soalan daripada penonton kepada panel undangan. Itulah format yang saya gariskan sejak kali pertama kendalikan program ini tahun lepas.

Program pagi ini, adalah kali pertama saya menjemput di luar jalur pemikiran dan pandangan saya, bukan untuk berdebat tapi untuk mendengar sendiri daripada mulut beliau.

Sebagai penyokong perbankan Islam di Malaysia, saya ingin melihat perbankan Islam lebih baik pada masa-masa akan datang. Saya yakin sentiasa ada ruang dan peluang untuk tambah baik. Ia bukan sempurna dan maksum sehingga tidak boleh dikritik dan disentuh.

Jadi, mudah-mudahan dengan program sebegini dapat diambil serius oleh pihak berkenaan untuk penambahbaikan.

Dalam Islam, perbezaan pandangan dan pendapat adalah rahmat. Tinggal lagi cara kita menguruskan perbezaan tersebut. Paling mudah, adalah kita saling hormat menghormati pilihan orang lain.

Akan datang pula, saya ingin menjemput mencari tokoh atau wakil daripada komuniti forex untuk live topik “Forex Trading Halal?”. Setakat ini masih belum ada yang sudi walaupun aktif dan rajin memberi komen di FB saya.

Apapun, jangan lupa temu janji kita jam 11 pagi nanti.

Cekidaud!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Setiap kali saya post tentang hukum forex, akan ada mesej-mesej…