fbpx

Geng forex penakut, buat akaun FB palsu untuk komen tak puas hati

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 207Words
  • 280Views

Bersungguh betul buat akaun palsu hanya semata-mata untuk komen di FB saya.

Kalau geng-geng forex yakin dengan hujah bahawa forex trading online tidak haram, tak perlu sampai begini.

Malah saya mengalu-alukan mana-mana forex trader untuk live topik “Forex Trading Sebenarnya Halal?”, di platform program Borak & MembaWang #BorakMembaWang.

Ia bukan program debat. Saya hanya sebagai host, sebagai pemudah cara untuk bertanyakan soalan daripada audien.

Dalam program itu nanti, panel tersebut boleh kemukakan segala hujah untuk pertahankan pendirian tersebut dan publik akan menilai. Dan suka saya ulangi, ia bukan program debat mencari pemenang.

Contohnya esok, akan berlangsung program #BorakMembaWang dengan topik Perbankan Islam Membawa Kemudaratan Kepada Rakyat? dengan menjemput Dato Manap, ex CEO Bank Muamalat yang pernah mengkritik sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia.

Video-video beliau mengkritik perbankan Islam viral dan ramai yang menyokong.

Walaupun saya tak setuju dan pro perbankan Islam, ia tak menghalang untuk menjemput beliau untuk berkongsi secara live di platform #BorakMembaWang.

Kita negara demokrasi dan masing-masing ada hak untuk bersuara. Malah dalam Islam pun perbezaan pendapat itu adalah rahmat sebab ia fitrah.

Tinggal lagi bagaimana kita menguruskan perbezaan tersebut. Tak perlu sampai maki hamun pihak yang berbeza pandangan. Lebih teruk lagi, hinggakan buat akaun fake begini.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa orang rakan dalam bidang perbankan Islam bertanyakan, mengapa saya…