Kenapa umat Islam patut jadi kaya?

Di sebalik kontroversi beliau, Alif Syukri menjadi ikon pembayar zakat tertinggi di Selangor.
Ia patut dicontohi oleh umat Islam lain. Ketepikan sebentar perangai pelik kontroversi beliau.
Kita perlukan lebih ramai umat Islam yang kaya-raya.
Ada yang pertikai, kenapa perlu jadi kaya nanti jadi macam Qarun?
Respon saya, kenapa nak jadi macam Qarun jika kita boleh jadi Abdul Rahman bin Auf?
Daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, sekurang-kurangnya 6 orang adalah usahawan berjaya dan kaya raya.
Malah Nabi Muhammad pun orang kaya.
Baginda Nabi kaya sebelum menjadi rasul dan mencapai kebebasan kewangan untuk fokus tugasan berdakwah sebaik sahaja menerima wahyu pada umur 40.
Perasan tak, daripada 5 rukun Islam, hampir semuanya memerlukan harta benda untuk dilaksanakan dengan baik?
Bukankah lebih baik jika umat Islam lebih ramai yang kaya raya untuk memberi daripada ramai yang miskin yang meminta-minta?
Update: Di raungan komen posting ini muncul soalan:
“Maksudnya kalau miskin tidak dapat laksanakan rukun islam?”
Ini respon saya; Rukun Islam ada 5 perkara:
1. Nak berdakwah sebarkan syahadah pun perlukan harta.
2. Jika tak ada duit, nak bina masjid untuk solat berjemaah pun terbantut
3. Nak berbuka puasa di bulan Ramadan perlukan makanan utk iftar, dan ia pun ada kosnya
4. Apabila ramai umat Islam miskin, maka zakat berkurangan.
5. Kalau umat Islam miskin, sukar untuk laksanana haji.
Jommm kita jadi kaya!
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran