Kini giliran Sarah meninggalkan rumah

Pagi ini akan hantar anak bongsu ke-4 kami, Sarah ke asrama sekolah barunya di tingkatan 1.

Perasaan bercampur-baur gembira dan sedih.

Gembira melihat anak semakin membesar dan sedih kerana bakal berpisah lama, menuruti abang dan kakak-kakaknya .

Makin lama rumah makin sunyi tanpa hilai tawa, tangis, kecoh, kerenah, gaduh dan drama anak-anak

Rumah hanya akan menjadi tempat persinggahan sahaja buat mereka, dan ayah ummi akan menjadi penunggu yang setia.

Mungkin inilah perasaan mama abah saya dahulu, dan juga perasan ibu ayah seantero dunia apabila anak masuk asrama.

Sekarang yang tinggal hanyalah kenangan Sarah dari kecil hingga kini.

Satu lagi yang tinggal selain kenangan itu ialah anak bongsu terakhir, Usop teman sepermainan dan sepergaduhan Sarah.

Ayah doakan Sarah berjaya dan tidak homestay!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Add a Comment