fbpx

Kisah Haji Meran Yang Anti-Topi Keledar Ini Membuat Kita Ketawa dan Berfikir Dua Kali Sebelum Menerima Teori Konspirasi

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 234Words
  • 339Views

“Afyan, aku tak nak pakai topi keledar sebab kalau pakai topi keledar pun bukan boleh mengelak dari berlakunya akan kemalangan.

Statistik juga menunjukkan kadar kemalangan meningkat saban tahun walaupun kerajaan mewajibkan pemakaian topi keledar.

topi-keledar-separuh

Topi keledar sebenarnya adalah teori konspirasi Zionis untuk melariskan jualan topi keledar. Syarikat-syarikat yang mengeluarkan topi keledar kebanyakannya memberi sumbangan kepada Zionis.

Pakai topi keledar atau tak pakai, kalau ALLAH nak takdirkan berlaku kemalangan, tetap akan berlaku.

Sepatutnya kita kembali kepada sunnah – pakai serban, kopiah atau tudung dan purdah. Kembali kepada alami.

Kemudian membaca doa naik kenderaan setiap kali menaiki motosikal dan seterusnya bertawakal kepada ALLAH.

Topi keledar adalah alat, bukan tuhan.

Aku sebenarnya bukan anti-topi keledar. Tapi aku hanya mengharapkan kerajaan dan Kementerian Pengangkutan berikan kebebasan kepada penunggang motor untuk membuat pilihan sama ada hendak memakai topi keledar atau tidak.

Kami hanya mahukan hak kami. Kami pro-choice.

Lagi pula kami sudah banyak kumpulkan testimoni-testimoni kes-kes penggunaan topi keledar menyebabkan kepanasan kepada pengguna, rambut jadi kusam, kelemumur, kepala botak dan tidak kurang ramai daripada kami otak menjadi bodoh akibat penggunaan topi keledar.”

– Kata Hj Meran, seorang penunggang yang divaksin terlebih dos ketika kecil.

“Nah, aku ada jual koll-hijab untuk memastikan rambut tidak berbau walaupun memakai hijab. Juga aku ada jual kopiah dan tudung anti kelemumur. Tak panas kalau kau pakai.

– Hj Meran mengakhiri perbualan sambil menunjukkan produk sunnah jualannya. Beliau juga berniaga secara kecil-kecilan sambil menunggang.

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berdasarkan info dari KWSP, hanya 20% pelabur untung apabila melabur…