Buy Halal First? Nampak Pelik Kempen Ini.

Buy Halal First? Nampak pelik kempen ini.

Dalam kempen #BMF BUY MUSLIMS’ FIRST, kita utamakan barang halal keluaran Muslim.

Jika tak ada barangan Muslim, atau tak ada kedai Muslim – tak ada masalah untuk beli barangan non-Muslim di kedai non-Muslim.

Saya terperasan dalam poster ini, ada hash tag #buyhalalfirst #bhf

Jika “buy halal first”, ia bermaksud, beli dan utamakan yang halal dulu.

“Buy halal first” bermakna, jika tiada barangan halal maka dibolehkan beli produk haram?

Begitukah?

Contoh situasi; Nak cari arak yang ada label halal JAKIM, ada tak? Kalau tak ada, boleh beli arak haram?

Ok, contoh tadi ekstrem sangat.

Saya bagi contoh yang kurang ekstem; Nak cari daging, tak jumpa yang ada halal JAKIM. Jadi, boleh ke cari daging lain yang tiada halal JAKIM? Ke guane?

Saya yakin, ia tidak bermaksud begitu. Ia memaksudkan beli produk halal yang ada logo halal JAKIM.

Tapi nampak janggal apabila guna tagline hashtag #buyhalalfirst #bmf

Nak lawan kempen #buymuslimfirst #bmf pun, pakailah strategi lain.

Dalam hal ini, saya tak salahkan menteri 100%.

Inilah peranan ramai-ramai pegawai yang berada di sekeliling menteri untuk buat research dan ground work sebelum buat keputusan.

Terutama rakan-rakan alumni UIAM yang menjadi pegawai, setiausaha serta Admin FB di kementerian berkenaan.

Meh saya cadangkan beberapa tagline sesuai;
#buyhalalonly
#boikotharam
#buyhalalJAKIMfirst
#halaljakimfirst
#halalmalaysiafirst
#buyhalalanthoiyyiban

Malah #yakinihalalMalaysia pun dah bagus dah.

Takkan benda simple ni saya nak ajar?

Aduhai….

Afyan Mat Rawi
Lulusan UIA juga, tapi tak jadi pegawai menteri.

Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;

Channel Telegram t.me/AfyanIFP
Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com