fbpx

Kisah janji isteri untuk benarkan suami kahwin satu lagi

  • 2 years ago
  • 1Minute
  • 162Words
  • 267Views

Sebelum pilihanraya, seorang isteri berkata kepada suaminya;

“Abang…. Kalau Abang undi parti yang saya sokong, saya akan benarkan Abang kahwin satu lagi”

“Wah! Betul ke?”, si suami tidak percaya. Matanya digosok-gosok beberapa kali. Perutnya dicubit-cubit utk pastikan ia bukan berlaku dalam mimpi.

“Ya, Abang sayaaaaaang”, kata si isteri sambil tersenyum.

Si suami gembira bukan kepalang. Bukan senang dapat peluang sebegini.

Lalu pada hari pilihanraya, dia mengundi parti pilihan isterinya walaupun dia tak suka. Siap ambil gambar kertas undi yang dipangkah sebagai bukti untuk ditunjukkan kepada si isteri.

Kemudian, selepas pilihanraya si suami pun mengambil borang poligami dan diserahkan kepada si isteri tadi untuk ditandatangani.

Si isteri enggan.

Si suami mula berang. Dia mengungkit janji isterinya.

“Kan awak dah berjanji Abang baru ni?”

Dengan tenang di isteri menjawab;

“Itu kan janji pilihanraya… Siapa suruh percaya?”

Si suami menangis semahu-mahunya tapi nasi sudah menjadi bubur….

(Kisah ini berlaku di Wakanda)

Afyan Mat Rawi

Duta Wakanda di Malaysia

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sementara itu di Twitter. Kalau non-Muslim respon macam ni, saya…