fbpx

Koleksi hujah tipikal geng-geng forex

  • 2 years ago
  • 4Minutes
  • 639Words
  • 1173Views

Koleksi hujah tipikal geng-geng forex.

Dia nak kata, lebih baik main forex daripada rasuah

Kalau guna hujah ni, boleh tanya soalan sama, mana lebih bagus: anjing ke babi?

Tipikal geng forex.Forex trading haram sebab kerajaan tak dapat untung, sebab tak ada tax.

Walhal banyak je perkara yang tetap haram walaupun kerajaan kenakan tax dan dapat keuntungan, seperti Carslberg, Sport Toto, Genting, insurans konvensional dan sebagainya.

Tipikal geng forex, guna hujah wang kertas haram dan tidak bernilai.Jika ia haram dan tidak bernilai, boleh transfer ke Maybank 164017019783.Jangan simpan benda haram dan tidak bernilai tu. Membazir….

Whatever…

Ke Laut China Selatan dah ni…

Apabila kita lawan geng forex tak semestinya rokok jadi halal.

Rokok haram, forex pun haram.

Cuma tak jumpa lagi geng hisap rokok tegar duk lawan fatwa haram rokok macam geng forex tegar buat.

Kalau hisap rokok sambil main forex, dua kali haram atau haram jadah.

Apabila mufti facebook berbicara….

Mengfitnah tu dah jadi macam rutin bagi mereka.

Tipikal geng forex. Tapi kali ni dia punya counter hujah memang tak boleh blah.

Untuk halalkan forex, “Boleh rujuk fatwa Brunei dan Arab Saudi”.

Apabila minta kongsikan fatwa berkenaan

“Saya tanya abang saya”.

Hahahaha!

Tak ada hujah, sampai terpaksa buat akaun fake.Sebab, kalau kantoi berhujah, tak ada aib sangat.

This image has an empty alt attribute; its file name is akaun-fake-forex.jpg

Geng forex ni penakut betul. Ajak live, tak ada sorang pun menyahut. Tapi kat belakang macam-macam sembang.

Sanggup buat buat fake akaun hanya semata nak komen kat FB saya.

Silap besar jika mereka ingat saya akan hentikan usaha dakwah ini apabila mereka serang saya dari segenap segi.

Geng forex trader terperangkap dengan argumen sendiri.

Kepada rakan-rakan forex yang taknak saya screnshot komen cerdik Tuan-Tuan, tak perlu tinggalkan komen di FB saya.

Tipikal hujah geng forex. Jenis ni kalau ajak live for sure takkan ada yang berani muncul. Walhal, bukan ajak debat pun. Hanya ajak live dan jawab soalan.

Insya Allah esok, saya akan bersiaran seorang forex trader profesional, tak pernah pun sentap dengan tulisan-tulisan saya di FB saya, dalam sesi Borak MembaWang FOREX TRADING HARAM: Kenapa Saya Masih Jalankan Bisnes FOREX TRADING?

Lagi banyak komen, lagi banyak terserlah kecerdikan. Kalau rasa tak puas hati dengan posting saya, jangan stalk. Sebab apabila start stalk, Tuan2 akan rasa tak puas hati dan komen. Apabila komen tanpa ilmu, maka akan tonjolkan kecerdikan itu.

Updated 11 April 2023

Tempoh hari saya pernah kongsikan pengakuan seorang bekas forex trader yang berhijrah selepas mengalami kerugian. Baca di sini

Maka berbondong-bondong geng forex datang memberi hujah mereka untuk, ini antara yang sempat saya screnshot.

Hujah biasa geng-geng forex

“Saham, properly dll pun banyak rugi, bukan forex je”.

Ya la. Semua bisnes, pelaburan, trading ada potensi untung dan rugi.

Kalau rugi forex, sudahlan rugi, haram pula tu. Kat dunia rugi, kat akhirat rugi.

“Duk canang forex je, rokok pun haram tak ada pula duk canang”

Tak canang tak menjadi rokok tu halal. Masalah besar geng forex ni duk canang sana sini bahawa forex harus.

Pernah jumpa geng perokok duk canang sana sini bahawa rokok hari kemudian ajak orang lain hisap rokok macam geng forex buat?

Rokok haram, forex haram. Forex trader yang hisap rokok, 2 kali haram weh!

“Takaful pun macam forex, ada unsur judi”

Ini hujah paling rare pernah saya jumpa. Apa ke jadah takaful macam forex.

Kalau betul takaful macam forex, kenapa tak buat takaful je? Dah sah patuh syariah.

Nak jadi ejen takaful? Klik di sini

“Bank pun main forex”

Ok, bank pakai platform mana? Bank buat, tak menjadikan ia halal.

“Kalau kena cukai, forex jadi halal la”

Arak dan judi dah berpuluh tahun di Malaysia dikenakan cukai, tak lupa difatwakan halal.

“Kawan saya elok je kaya raya main forex”

Firaun, Qarun, Abu Lahab, Abu Jahal, Abu Sufian pun kaya raya.

“Alaaaaaa… Nak marketing je tu”

Ya, saya sedang marketkan buku saya. Benda halal. Bukan macam kau marketkan benda haram.

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, sejak follow page saya, Geng Forex spt Sdra Chid…