Jika Kalian Menjumpai Wanita Dengan Ciri-Ciri Berikut

gambar sekadar hiasan ( sumber dari http://wanitahijab.com/)

 

Wahai lelaki,

Jika kalian menjumpai wanita dengan ciri-ciri berikut;

– Mudah minta maaf,
– Mudah memaafkan kesalahan kalian,
– Mudah mengaku kesalahan,
– Mudah mengalah,
– Terima kesalahan dan kesilapan kalian seadanya,
– Tidak mengungkit-ungkit,
– Cepat bersiap,
– Jika kita salah, mereka boleh terima. Dan jika mereka buat salah, cepat-cepat mengaku dan minta maaf,
– Tidak mudah tersinggung,
– Tidak mudah merajuk,
– Jika merajuk, mudah dipujuk,
– Mudah menerima pandangan kita,
– Tidak suka melawan,
– Selalu bersetuju dengan pandangan kita,
– Jika nak ajak makan, sangat mudah hendak pilih restoran,
– Jika bersiap, tidak mengambil masa yang lama,
– Memandu dengan berhemah,
– Tak suka shopping,
– Tak suka hadiah,
– Tak suka beg tangan,
– Masuk kereta terus pakai seat belt tanpa disuruh,
– Kalau jumpa cermin tak tengok cermin,
– Tak suka barang kemas,
– Tak suka make up,
– Tak mudah menangis,
– Tiada aplikasi Shoppe dan Lazada di handphonenya,
– Selalu lupa tarikh birthday ahli keluarga,

Maka, berhati-hatilah.

Selalunya, wanita bukan begitu 😂

Jika ada, sama ada dia bukan wanita atau bukan manusia.

Jika tiada sifat-sifat di atas, bercukurlah…

…. dan bertabah lah wahai lelaki. Ku rasa apa yang kau rasa…

(Boleh komen jika ada lagi senarai di atas. Nanti saya tambah jika sesuai)

Afyan Mat Rawi
Lelaki yang selalu tersakiti…

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com