fbpx

Komisen Jualan Insurans Konvensional Boleh Dibersihkan Melalui Zakat?

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 179Words
  • 530Views

Ada ejen insurans konvensional pernah berkata bahawa komisen jualan insurans konvensional boleh dibersihkan melalui zakat.

Walhal, sebenarnya zakat hanya untuk harta halal. Pusat zakat pun akan tolak zakat daripada pendapatan tidak halal seperti insurans konvensional.

Ibarat pencuri bayar zakat, tidak menjadikan harta curi itu halal.

Kredit kepada Ustaz Dr Zaharuddin yang menulis perkara ini, pagi tadi.

Termasuk dalam kategori ini:

1. Komisen jualan insurans konvensional
2. Komisen over riding jualan insurans konvensional
3. Faedah bank konvensional
4. Komisen jualan unit trust tidak patuh syariah
5. Komisen jualan ASB loan yang tak patuh syariah
6. Komisen ejen kad kredit bank konvensional
7. Komisen jualan sellluruuh produk kewangan konvensional

Apa nak buat jika terima pendapatan tak patuh syariah?

Solusinya bukan zakat tapi cleansing, yakni ke salurkan ke tabung tidak patuh syariah. Ya, kena salurkan semuanya 100% yang haram.

Barang diingat, dosa riba adalah sebesar-besar dosa dalam Quran, iaitu berperang dengan Allah.

Dosanya lebih besar dari makan babi, makan rasuah, merompak, mencuri, menyamun, merogol, berzina, bersemburit, menipu manifesto, memungkiri janji, menunggang agama dan sebagainya.

Semoga kita semua selamat dari segala dosa riba.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rwi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tadi dipanggil oleh TV Al Hijrah untuk ditemuramah untuk slot…