fbpx

Product Disclosure Sheet atau PDS

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 601Words
  • 547Views

Apabila melanggan polisi takaful, 2 dokumen ini sangat penting

1. Product Disclosure Sheet atau PDS, dan
2. 2. Polisi
PDS ialah dokumen rasmi untuk umum yang boleh diakses oleh semua manakala polisi pula ialah dokumen rasmi spesifik untuk pelanggan.

PDS selalunya boleh didapati di website syarikat takaful. Ia juga wujud bagi produk kewangan yang dikeluarkan oleh bank. PDS juga selalunya disertakan bersama ilustrasi atau quotation.

Bank Negara Malaysia mewajibkan PDS diberikan kepada pelanggan sebelum mereka melanggan apa sahaja produk kewangan sebagai panduan awal bakal pelanggan kepada

 

PDS Bukan Brosur

PDS bukan brosur. Brosur ialah bahan pemasaran.

PDS lebih detail daripada brosur. Ia mengandungi syarat dan terma sesuatu produk.

Saya selalu menasihat pengguna, jika menerima maklumat daripada ejen bahawa produknya menawarkan coverage sekian-sekian, memberi pulangan sekian-sekian tunjukkan bukti bertulis perkara tersebut di dalam polisi atau paling kurang di dalam PDS.

Jika hanya terdapat di dalam brosur, ia bukanlah jaminan.

Sebab ada banyak kes, apa yang ada dalam brosur tak sama dengan apa yang ada dalam polisi.

Jangan terus percaya 100% apa yang keluar dari mulut ejen takaful. Ia tidak memberi sebarang jaminan. Yang memberi jaminan ialah kontrak polisi yang bertulis yabg ditandatangani oleh pelanggan.

Sebarang isu yang timbul sepanjang tempoh polisi akan dirujuk kepada kandungan polisi, bukan apa yang keluar dari mulut ejen semata.

Ejen boleh datang dan pergi. Jadi, yang mengikat ialah kontrak polisi. Kontrak polisi adalah antara pelanggan dengan syarikat, bukan pelanggan dengan ejen. Ejen hanya pemudah cara.

 

PDS sebagai rujukan

Sebagai contoh, ada ejen mendakwa produk takaful yang dipromosikan mampu memberi pulangan 20% setahun. Malah siap ada unjuran pulangan selama 20 tahun dan dibandingkan dengan ASB dan Tabung Haji di dalam brosur.

Persoalannya, adakah ia benar?

Untuk mengetahui kebenaran perkara tersebut, dapatkan PDS.

Saya pernah menerima aduan satu kes, seorang pelanggan baru sahaja sign up polisi Takaful Haji. Pelanggan tersebut ceritakan, ejen memberitabu bahawa 90% caruman dimasukkan ke akaun simpanan dan hanya 10% diambil oleh syarikat. Ejen juga mendakwa, pelanggan mendapat kuota khas haji.

Ketika itu pelanggan tersebut baru sign up seminggu dan polisi belum diterima. Apa yang saya lakukan ialah Google sahaja nama produk berkenaan dan cari PDS. Ternyata maklumat dalam PDS tidak sama dengan apa yang diceritakan malah terbalik. 90% masuk ke akaun syarikat sebagai wakalah fees dan 10% sahaja masuk ke akaun pelanggan. Maklumat kuota haji langsung tiada.

Pelanggan mula serba salah, hendak mempercayai saya atau mempercayai ejen berkenaan.

Saya katakan kepada mereka (lupa saya maklumkan, pelanggan merupakan pasangan suami isteri);

“Tuan-Puan tak perlu percaya apa yang saya katakan.

Saya tidak untung sesen pun kalau Tuan-Puan percaya dan saya juga tidak rugi sesen pun kalau Tuan-Puan tak percaya.

Tapi Tuan-Puan percayalah pada polisi kontrak yang Tuan-Puan sign up tempoh hari. Nanti dapatkan polisi daripada ejen dan minta dia tunjukkan apa yang dia katakan semasa promote produk berkenaan”.

Selepas sebulan, pelanggan tersebut memaklumkan apa yang saya katakan itu benar dan ejen tersebut misleading. Langsung tak sama apa yang ejen itu cerita dengan apa yang terkandung dalam polisi. Mereka membatalkan polisi tersebut dan dapat refund 100%.

Suka saya nyatakan, produk “takaful haji” berkenaan tidak salah. Ia adalah produk yang sah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Cuma cara ejen berkenaan mempromosi produk berkenaan mengelirukan malah berkongsi maklumat yang tidak benar. Ejen sebegini memburukkan industri.

Kenapa BNM wajibkan semua produk kewangan menyediakan PDS?

Ia bertujuan untuk mengelakkan pelanggan diperdaya oleh ejen-ejen yang tidak bertanggungjawab.

Nota akhir: Sejak daripada beberapa bulan lepas, saya mendapat maklumat tentang sebuah produk medical card yang cover penyakit sedia ada. Beberapa kali saya cuba dapatkan PDS, sampai sekarang masih tak terima, dari HQ dan ejen. Jika ada sesiapa yang ada, mohon PM. Saya nak studi dan nak jadi ejen.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ada ejen insurans konvensional pernah berkata bahawa komisen jualan insurans…