fbpx

Konsert: Berhibur tak salah, tapi…

  • 9 months ago
  • 1Minute
  • 146Words
  • 130Views

Alhamdulillah. Benda baik kita sokong.

Saya sokong tindakan kerajaan membatalkan sepenuhnya baki konsert dalam festival Good Vibes.

Teringat video MB Selangor yang memperlekehkan pihak yang membantah konsert Coldplay sambil menyindir supaya buang iPhone, Facebook dan Mercedes.

Membantah konsert Coldplay adalah untuk menghalang sebarang elemen songsang dari luar negara untuk masuk ke negeri yang tercinta ini.

Bak kata pepatah “Mencegah lebih baik daripada mengubati”.

Namun sekarang nasi sudah menjadi bubur. Damage has been done.

Apapun kerajaan masih belum terlambat untuk menghalang konsert seumpama ini diadakan. Better late than never.

Saya harap ia bukan sekadar gimik menjelang pilihanraya. Walaupun hati kecil ada sedikit rasa buruk sangka, saya harap sangkaan saya itu salah.

Islam tidak melarang hiburan dan konsert tapi ada hadnya. Bak kata Raihan dalam lagunya:

Berhibur tiada salahnya

Kerana hiburan itu indah

Hanya pabila salah memilihnya

Membuat kita jadi bersalah

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mana lagi berbaloi untuk pelaburan? Beli 3 buah rumah apartment…