fbpx

Mana lagi berbaloi untuk pelaburan: Rumah teres atau apartmen?

  • 9 months ago
  • 3Minutes
  • 388Words
  • 305Views

Mana lagi berbaloi untuk pelaburan?

Beli 3 buah rumah apartment yg berharga RM200K atau sebuah rumah teres yang berharga 600k?

Jika beli apartment, selalunya boleh dapat positif cash flow jika disewakan, tapi capital appreciation tak berapa nak ada.

Manakala jika beli rumah teres, capital appreciation lebih tinggi berbanding apartmen, tapi cash flow tak berapa cantik la.

Berikut adalah jawapan daripada komen di posting ini sejak semalam. Menarik untuk dipertimbangkan:

  • Fakhrul Razi Darmawi : Rumah teres 600k bulanan dalam 2500 ke 3000 sebulan. Kalau nak sewakan pun mungkin bawah 1500. Minimum RM1000 negative cash flow sebulan. Setahun dah RM12000.

Capital appreciation hanya lah satu potensi dan ianya bukan satu kepastian lagi. Yang pasti kita dah rugi RM12k tiap tahun.

.

Boleh beli ke Empat Empat buat apa stop dekat 1 atau 3.

  • Cg Taufik Mohamad Isa: Beli 3 apartment di lain2 kawasan..Kalau beli 1 rumah teres jika kawasan tak bagus naya pak karim.Kalau 3 at leas ada 3 kawasan berbeza2.
  • Fariduddin Ifp: Beli 3 Biji Apartment, hasil sewa boleh bayar installment rumah teres
  • Cik Puanku Ssy: Ikut citer saya yang x bape pandai ni…lebih baik beli 3 apartment di lokasi berbeza. Kebarangkalian ketiga² disewa lebih tinggi. Atau kalau hanya 2 unit yang tersewa pun masih ok cash flow setiap bulan. Rumah teres 1 unit sahaja kalau x tersewa, tiadalah cash flow selama x tersewa tu.
  • Mohd Shamsudin: Mula2 beli apartment 200k dahulu, simpan berapa tahun juai dengan harga 600k, lepas tu beli plak rumah teres 600k tu, lps tu simpan beberapa tahun juai dengan harga 1.2m, lps tu beli plak banglo dengan harga 1.2m, simpan beberapa tahun juai dengan harga 5.3m, lepas tu beli plak shopping komplek dengan harga 5.3m, simpan beberapa tahun jual dengan harga 12.6m,beli plak Airport subang dengan harga 100m simpan…………ha hampa sambung la noh..
  • Thoriq Azahari: Last year ada sorg owner minta sy jualkan apartment medium cost dia. Bila bersembang tu dpt tahu dia ada lagi 5 unit apartment sekitar Shah Alam. Tanya la knp bnyk sangat apartment. Dia kata apartment senang sikit nak jual time nak guna duit. Sewa pun sedap dah bulan2 average 800 1 unit. Unit yg sy jualkan tu dia beli 2013 135k. Jual last year 203k.
  • Ihsan Zainal: Mestilah rumah teres.. nanti kita extend 3 tingkat keatas baru boleh buat sewa
  • Jimmy Haryzul: generally saya setuju dgn statement tuan pasal cashflows, capital appreciation, rumah teres, & apartment ^^

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
APA YANG AHLI POLITIK BOLEH BELAJAR DARIPADA KEJAYAAN BELL NGASRI…