Kos keseluruhan menampung seorang banduan
Malam tadi saya menerima satu mesej daripada seorang netizen yang membetulkan fakta di posting saya berkenaan kos makanan banduan penjara RM41.
Ia sebenanrnya bukanlah kos makanan sebagaimana dalam laporan Berita Harian bertarikh 18 Julai 2019.
Rupa-rupanya kos itu ialah kos keseluruhan menampung seorang banduan dan sudah ada berita yang membetulkan berita yang asal pada 20 Julai 2019.
Lalu saya terus membuat pembetulan tersebut pada posting asal dan juga letakkan di komen posting asal atas kekhilafan tersebut..
Pagi ini baru perasan komen dan posting pihak Penjara Malaysia berkenaan perkara sama, selepas saya membuat pembetulan tersebut.
Jadi mohon kepada rakan-rakan yang membaca posting ini, turut kongsikan posting ini supaya kekhilafan tersebut diperbetulkan.
Maaf atas segala kesulitan yang berlaku.
Untuk mengelakkan salah faham ini berterusan, saya mencadangkan pihak Penjara Malaysia meminta Berita Harian padamkan berita yang salah itu.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran