Kos Pelaburan Unit Trust

Kos Pelaburan Unit Trust

Semua pelaburan mempunyai kos, tidak kira pelaburan saham, hartanah, emas, unit trust dan sebagainya.

Kos tersebut berbeza dengan modal yang dilaburkan.

Gambar dia atas jadual perbezaan caj jualan (sales charge) unit trust, yang diambil dari platform pelaburan unit trust secara online, e-unit trust.

Jika melalui ejen atau bank, ia boleh mencecah 5% ke 6% bagi pelaburan tunai, dan 3% bagi pelaburan melalui KWSP.

Manakala sekiranya pelaburan secara online, kita dapat jimatkan kos tersebut dengan hanya 1.5% malah 0%.

 

Contoh Pengiraan

Ini pengiraan mudah untuk menunjukkan perbezaan caj akan memberi impak kepada perbezaan untung.

Ali melabur melalui ejen atau melalui bank dalam Dana Al-Afyan yang memberi pulangan sebanyak 10%.

Manakala Bakar pula melabur dana yang sama, secara online dengan caj sebanyak 0%.

Andaikan mereka melabur jumlah yang sama iaitu RM10,000 maka mari kita lihat perbezaan keuntungan, dengan andaian pulangan Dana Al Afyan ialah 10% selepas setahun.

Pelaburan Ali RM10,000 tolak caj jualan RM400 (anggaran) maka pelaburan persih Ali ialah RM9,600.

Manakala pelaburan Bakar dengan jumlah yang sama RM10,000 dan caj jualan RM0 menjadikan pelaburan bersih Bakar ialah RM10,000

Jadi sekiranya mereka melabur pada dana yang sama dengan keuntungan 10%, maka berikut ialah untung bersih yang mereka dapat:

Ali RM960
Bakar RM1000

Ada perbezaan sekitar RM40 atau 4%.

Bayangkan jika pelaburan itu lebih tinggi atau kompoun, maka jumlah perbezaan itu akan lebih tinggi.

Pelanggan boleh memilih sama ada melabur secara online, atau melabur melalui ejen atau bank.

Walaupun pelaburan melalui ejen mempunyai kos yang lebih tinggi, pelanggan mempunyai rujukan untuk bertanyakan dan mendapatkan bantuan khidmat nasihat pelaburan, berbanding pelaburan melalui platform online tanpa ejen.

Artikel diterangkan step by step pelaburan melalui platform online e-unit trust.
Panduan pendaftaran e-unit trust

Pendaftaran percuma sahaja, Daftar percuma di sini

Mahukan pelaburan alternatif? Klik sini.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com