Kritikan filem Mat Kilau siapa yang untung siapa yang rugi?
Kita tak mampu nak tutup mulut orang lain, lebih-lebih lagi para haters.
Orang yang paling baik di muka bumi pun ada ramai haters. Orang yang paling jahat pun ada ramai followers.
Kritikan itu bagus supaya ada penambahbaikan.
Tiada perkara sempurna dan tidak ada perkara di dunia yang dipersetujui oleh semua orang. AlQuran yang sempurna itu pun ada orang pertikai, apatah lagi sebuah naskhah hiburan seperti Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
Rilek je Syamsul Yusof punya respon dengan kritikan yang diberikan….
Hormat sahajalah pilihan masing-masing. Yang jadi masalah ialah apabila kritikan bercampur aduk dengan kutukan.
Ada garis halus yang membezakan antara kritikan dan kutukan.
Kritikan menonjolkan aspek-aspek kelemahan sesebuah perkara, sama ada daripada sudut teknikal, mesej, hasil dan ia bersifat objektif dan boleh dinilai.
Kutukan juga mengandungi perkara sama. Cuma bezanya ia akan disertai dengan elemen emosi dan penghinaan.
Apabila penghinaan demi penghinaan diberikan, maka suasana akan jadi tegang.
Contohnya, kritikan terhadap jalan cerita, aspek angel kamera kucar-kacir, , skrip yang terlalu banyak ceramah agama dan teknikal filem – ia adalah perkara objektif yang boleh dinilai oleh semua yang menonton.
Tapi apabila diselitkan ia sebagai filem sampah, hanya untuk orang IQ rendah, naskhah bodoh dan seumpamanya, maka ia memang sengaja ditimbulkan untuk mencari balah dan menimbulkan ketegangan.
Maka terjadilah apa yang terjadi.
Pihak sebelah sini pun sama naik dengan pihak sebelah sana apabila ia dibalas dengan kritikan balas dan ditambah perisa dengan kutukan dan penghinaan.
Mengkritik filem Mat Kilau yang sarat dengan mesej Melayu Islam, tidaklah menjadikan kita hilang keMelayuan atau tiada semangat patriotik, apatah lagi hingga terjejas akidah. Ia hanyalah naskhah hiburan.
Tambah memburukkan keadaan apabila ia diheret ke kancah politik kepartian Malaysia yang memang selama ini penuh dengan kata-kata kesat. Filem sejarah ini dikatakan agenda politik kerana diterbitkan oleh syarikat yang dimiliki oleh orang kuat ISMA yang terkenal dengan slogan “Melayu sepakat, Islam berdaulat”.
Kemudian ia disokong kuat pula parti PAS dan Umno yang mengajak penyokong mereka menonton filem ini. Ia juga back fired kepada Kelantan yang dipimpin oleh PAS yang ketiadaan panggung wayang.
Melihat apa yang berlaku, benarlah kata-kata Captain Syers dalam filem ini “Orang Melayu tidak mungkin bersatu. Sebab itu mereka mudah dijajah”. Aww lama qaal.
Saya mengambil risiko dan sedia dikecam apabila menulis pandangan ini, atas apa yang berlaku sangat menjengkelkan. Sebelum dikecam, saya ucapkan terima kasih awal-awal kepada yang kritik tulisan ini. Kepada yang mengutuk dan menghina, saya juga sediakan satu pepatah yang saya pegang selama ini: Haters umpama najis, kehadirannya menyuburkan!
Afyan Mat Rawi
Nama ada iras-iras keturunan Mat Kilau
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran