fbpx

Kusangka Panas Hingga Ke Petang, Rupa-Rupanya..

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 642Words
  • 313Views

“Kisah ini berlaku zaman belajar dulu.

“Kau nak tak income kau macam ni?” kata En Azwan (bukan nama sebenar) sambil tunjuk statement bank. Perghh.. 5 angka tu!

“Kalau kau nak macam ni dalam usia muda esok malam aku datang ambil kau. Lagi pun esok kau bukan ada kelas”.

Hari sabtu malam diorang datang dan jemput aku pergi tengok bisnes apa yang pagi diorang buat. Aku memang jenis nak ambil tahu.

Dibawa aku ke satu tempat mewah. Bangunan yang sangat besar. Ramai betul pakai baju kot hitam bertie merah.
Dah macam geng yakuza pun ada. So masuklah dalam bangunan yang sejuk dan pagi dibawa ke tingkat 9. Buka saja lif aku tengok sangat meriah. Ramai orang terutama budak-budak muda.

Aku dijamu biskut dan kopi. Nasib baik bukan kopi tongkat ali. Mau tegang kejang jugak sejuk-sejuk aircond ni.
Masuk je terus duduk. Masa tu aku tengok ada sorang budak gemuk dekat pagi depan mungkin EmCee agaknya mula tanya “Apa Khabar Usahawan Luxorrrrrr!!!???”.

Ramai-ramai dalam dewan tu jawab, “Luar biasa baikkkk!!”.

Terkejut aku tengok. Dah mengelupur macam kena histeria. Apa kejadah semua ni?

Masa tu ramai sangat orang. Sampai ada yang berdiri dan bersila didepan.

Lepas tu dijemput orang yang berjaya dalam bisnes.

 

Kejayaan

Sorang-sorang naik pentas cerita tentang pendapatan masing-masing. Ada yang pagi masih belajar dah ada pendapatan 5 angka dan pakai BMW. Kisah gembira, sedih semua ada.

Maka majlis pun berakhir sampai la jam 12 tengah malam diakhiri dengan lagu Too pagi Phat bertajuk “Alhamdulillah”.
Aku masih di atas bangunan dimana En. Azwan pagi (bukan nama sebenar) pula terangkan tentang kelebihan jadi bisnesman seperti mereka. Maka diceritakan segala plan dan produk yang mereka jual.

Inilah kali pertama aku tahu apa itu Multilevel Marketing atau MLM. Aku ditawarkan jika untuk menjadi cepat buat duit, aku perlu keluarkan duit modal sebanyak RM2000.

Mana la aku ada duit banyak tu. “Bodoh ke apa dia ni. Belajar lagi, PTPTN pun tak masuk lagi”. Dalam hati je la.

Masa balik tu kitorang lepak lagi kedai mamak. En. Azwan (bukan nama sebenar) ajak aku join. Katanya peluang yang ada kena cepat. Politeknik tu lubuk duit aku sambungnya lagi. Aku bagitau yang aku tak ada duit untuk join.

Dia bagitau yang dia akan bantu tolong bayarkan dengan syarat aku kumpulkan 5 orang kawan aku. Dia akan bagi aku jadi manager (pangkat level pertama MLM) terus.

Aku terus list kawan-kawan terdekat untuk dapatkan sales. Hampir dua bulan juga rasa nak menangis sebab tak ada yang nak join.

Usaha berkali-kali akhirnya 5 orang kawan join dan bayar RM2000 seorang.

Hilang rasa penat dan letih aku bila dapat cek yang pertama walaupun duit tu terpaksa bayar semula kepada En. Azwan (bukan nama sebenar).

Bermula dari situ aku mula kerja jumpa orang dan aku akan cuba buat jualan sampai jadi. Habis kelas saja aku tak bersukan, tak pergi tengok wayang. Masa dihabiskan dengan keluar sampai ke malam untuk buat MLM.

 

Makin lama makin ramai yang join

Aku mengumpul seberapa ramai pelajar dengan menunjukkan cek dan statement daripada syarikat. Budak-budak ni semua terbeliak mata, nasib baik tak juling.

Maka tamak halobalah budak-budak ni join. Income aku makin meningkat setiap bulan sehingga 5 angka. Dari pangkat Manager sehingga menjadi Diamond Manager.

Bisnes aku juga meningkat jualan setiap bulan dengan membawa pelanggan baru terutama pelajar. Dari Selangor sampai ke Perlis juga sehingga ke Johor.

Kami tak peduli. Main redah sahaja. Duit minyak, makan dan hostel semua aku bayar. Kereta pula pakai kereta Afham. Member baik aku sampai sekarang.

Akhirnyaaa

Tapi rupa-rupanya kusangka panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari…”

Ada sesiapa ada pengalaman hampir sama?

Nak baca sambungan cerita di atas? Cer komen dan share sikit. Nak tau berapa ramai yang minat. Hehehe..

UPDATE: Sebenarnya kisah di atas saya baca dari buku Bagaimana Bankrap Menjadikan Aku Kaya, tulisan sahabat saya.

Cer tengok sini buku tu
https://bukulali.onpay.my/order/form/EBBMAK/amr

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kena kaya dulu baru boleh main saham ? Acapkali kita…