fbpx

KWSP Suri Rumah

  • 7 years ago
  • 3Minutes
  • 477Words
  • 660Views

Selaku konsultan kewangan, saya sangat alu-alukan cadangan skim KWSP untuk golongan suri rumah dilaksanakan.

Dalam cadangan skim tersebut, akan ada 2 peruntukan untuk simpanan KWSP untuk suri rumah;

1) RM50 setiap bulan peruntukan daripada kerajaan
2) 2% daripada gaji suami

Berdasarkan rekod 5 tahun terakhir, kadar dividen KWSP melebihi 6% setiap tahun. Tahun 2017 pulangannya ialah 6.4% bagi akaun KWSP patuh syariah dan 6.7

Dengan andaian pulangan KWSP 6% setahun, jumlah simpanan yang akan diperolehi selepas 30 tahun, adalah sebagaimana berikut;

1) RM50 peruntukan daripada kerajaan
Caruman RM50 setiap daripada kerajaan akan menghasilan jumlah terkumpul RM48,962.

2) 2% daripada gaji suami
Andaikan gaji suami RM2,000 sekarang dan meningkat 5% setahun, selama 30 tahun akan menghasilkan jumlah terkumpul sebanyak RM68,324

Jumlah RM48,962 + RM68,324 = RM117,286

Ia satu jumlah yang baik untuk dana persaraan bagi suri rumah, berbanding tiada langsung.

Saya tidak pasti sama ada ia adalah kewajipan atau pilihan untuk para suami lakukannya tapi jika tidak diwajibkan, saya percaya tidak ramai yang akan lakukannya.

Ia sama seperti Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS). Jika tidak wajib, tak ramai yang mempunyai kesungguhan dan kesedaran untuk membuat simpanan.

Berdasarkan statistik daripada Bank Negara, hanya 1 daripada 5 rakyat Malaysia yang mampu menyediakan RM1,000 jika berlaku kecemasan.

Kepada para suami, duit yang dicarum tidak ke mana. Ia menjadi simpanan untuk persaraan nanti.

2% tak banyak mana pun sebenarnya. 98% lebih banyak daripada 2% 🙂

Oh ya, pekerja ada potongan 11% juga untuk KWSP. Jadi potongan KWSP nanti adalah 11% (untuk diri sendiri) dan 2% untuk isteri, berjumlah 13%.

Jangan fokus kepada 13% yang dipotong, fokuslah pada 87% pendapatan yang boleh digunakan.

(NOTA: Ketika artikel ini ditulis, belum ada hitam putih lagi bagaimana pelaksanaan cadangan ini sama ada 2% itu berasingan atau sebahagian daripada potongan 11% sedia ada)

Dan duit potongan itu nanti adalah tetap milik kita, bukan milik orang lain, tak perlu risau.

Itupun masih ramai yang gunakan KWSP untuk pelbagai perkara lain yang dibolehkan. Sehingga menyebabakan tidak ramai mempunyai wang persaraan yang mencukupi ketika bersara.

Lagipun, tugas seorang suri rumah sangat berat.

Kena bangun awal pagi, masak, kejutkan anak dan suami, sediakan makanan, basuh baju, sidai baju, angkat baju, lipat baju, jaga anak, mandikan anak, susukan anak, kemas rumah, buang sampah, hantar anak sekolah, ambil anak sekolah, beli barang dapur, masak, membebel, tidurkan anak…. Jadi 2% caruman KWSP sebagai penghargaan dari sang suami kepad isteri mereka.

Berdasarkan statistik dan laporan KWSP, 60% pencarum KWSP menghabiskan wang persaraan mereka dalam masa 3 tahun. Jadi sekurang-kurangnya melalui skim ini, dapat menambah dana persaraan apabila tua kelak.

Baca juga: https://afyan.com/infografik-plan-persaraan.html/

Jika KWSP tidak diwajibkan, saya yakin lebih ramai warga tua yang masih bekerja selepas usia persaraan.

Nota: InsyaALLAH malam esok saya akan ke udara dalam berita TV Al-Hijrah jam 8 malam untuk topik ini. Cekidaud!

Jemput join channel telegram t.me/tipsRM utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan

Afyan Mat Rawi <<<—- Jangan lupa klik follow dan see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Boleh juga follow Channel Telegram t.me/tipsRM

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rakaman interview TV Hijrah yg disiarkan malam tadi tentang isu…