fbpx

Sisi gelap korban luar negara

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 457Words
  • 326Views

Dipetik dari FB Ustaz Yaakob Yusra

SISI GELAP DUNIA KORBAN 🥹

Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besaq, Tapi kebanyakkan kita bila korban selalu tanya ” ada tak yg murah dan cukup umur” .

Bila nak buat korban, pastikan cari yg paling bnyk daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.

Sisi gelap yang berlaku dlm dunia KORBAN ni adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dgn nilai yg sangat rendah. berpadalah dalam mengambil untung ya.

paling membimbangkan korban luar negera, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di kemboja/Africa dengan angka mencecah 3000 ekor. pengalaman peribadi ke Kemboja mmg agak sukar @ mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.

ada iklan korban di africa dgn kos 250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu disana tidaklah begitu murah. sebab tu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah ditempat yg berdekatan dan tempat yg kita bekerja cari rezeki. sunat kita tengok binatang korban kita. maslahah ni nk elak dari kes2 penipuan jgk.

Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya.

bayangkan kalau dapat buat collection 1000 ekor untuk buat korban, kutipan Rm800 satu bahagian total dapat RM5600. bila ke kandang beli lembu yang kurus dan kecil dgn harga RM4000 maka keuntungsn selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1500.

Total untuk 1000 ekor bersamaan PROFIT 1.5 juta Ringgit. 😌😌

Saya sarankan untuk tahun ni, peserta2 carilah Surau/ Masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri . biaq puas hati dlm ibadah ni.

Alhamdulillah minggu ni sempat datang Ziarah lembu kami yg di fidlot di Tenang agro farm Kuala Nerang, anggaran semua akan cecah 100kg bersih untuk daging sahaja menjelang Raya haji.

Demi Allah sepanjang 4 tahun dah buat korban di MADAD. kami merekodkan kerugian yg konsisten, sebab collection dr peserta hanya RM4900 untuk seekor lembu. tapi tahun lepas kami bayar lembu seekor semua atas RM4900. so memang takdak profit lansung malah perlu di absorb kos tahun lepas ja dekat 30ribu untuk hampir 100 ekor.

Ingat ya Tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hati hati. banyak juga NGO yg telus dan buat betul siap beraudit.

kalau betul nk buat beli tiket p sana terus biaq puas hati. beli tiket tu pn dh dpt pahala sambil isi masa ukt khidmat umat.

Doakan ya projek korban kerjasama MADAD , AAA dan KIUT dapat bagi manfaat sebaiknya. 🥰

p/s : sy tak jual lembu korban ya. cuma pelik mcm mana harga daging mentah di sebahagian negara luar lg mahal dr harga kita. apatah lagi lembu hidup. sepatutnya lebih mahal bkn murah. 😅

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Modus operandi yang famous digunakan oleh geng-geng scammers zaman now.…