fbpx

Lagi geng insurans konvensional mengatakan insurans konvensional harus

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 264Words
  • 534Views

Masih ada rupanya geng-geng ejen insurans konvensional yang mengatakan bahawa insurans konvensional harus.

Amat malang sekali kalau ia daripada kalangan orang Islam..

Insurans Konvensional dengan Fund Pelaburan Patuh Syariah

Saya ada terima PM isu ini. Banyak juga rupanya agen insurans konvensional promosi insurans konvensional yang dipakejkan dengan pelaburan patuh Syariah.

Untuk menjustikasikan tindakan mereka, mereka gunakan pendapat Sheikh Mustafa Zarqa yang memberi keharusan terhadap konsep insurans. Jadi pada mereka ia adalah isu khilaf.

Perlu ditegaskan bahawa insurans konvensional setakat hari ini, dianggap haram dan tidak patuh syariah. Muzakarah Kebangsaan Hal Ehwal Islam tahun 2008 telah memutuskan insurans konvensional adalah haram dan ada unsur gharar. Pada tahun 2009 muzakarah memutuskan mempromosi insurans konvensional adalah haram.

Ok, berbalik kepada isu pendapat Mustafa Zarqa yang mengharuskan tadi, jika pun seseorang itu memilih untuk mengambil pendapat beliau, ia masih tidak boleh untuk menjustikasikan keharusan struktur insurans konvensional di Malaysia. Ini kerana pendapat beliau hanya melihat kepada konsep dan kerangka insurans secara umum saja. Sedangkan struktur insurans konvensional di Malaysia mungkin berbeza dengan pendapat beliau. Bahkan walaupun fund pelaburan patuh syariah, fund untuk menguruskan risiko di pihak insurans konvensional belum tentu patuh Syariah. Fund itu mungkin milik penuh syarikat insurans tapi jika mereka gunakan untuk beli bon kerajaan yang konvensional yang ada unsur riba, peserta tetap berdosa kerana membantu kemungkaran. Justeru, tiada jaminan bahawa produk insurans konvensional harus walaupun nak pakai pendapat al-Zarqa’.

Kepada agen jom sama-sama bantu promosi insurans islamik atau takaful. Selain dapat bonus anda juga dapat pahala insya Allah.

Ahmad Sufyan Che Abdullah
muamalat.my

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Menjelang Ramadhan, saya kongsikan balik posting ini. Posting ini menyebabkan…