fbpx

Langit Tidak Selalu Cerah

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 186Words
  • 460Views

Tulisan berikut diambil dari FB Aznah Arshad yang mengajak kita merenung satu contoh situasi sebenar yang berlaku di luar kawalan.

LANGIT TAK SELALU CERAH.
MENDUNG TAK BERMAKNA HUJAN

Semalam saya bantu seseorang untuk semak semula kewangan peribadi.

Awal tahun lalu beliau kerja di Abu Dhabi dengan pendapatan 5 angka. Bulan Jun diberhentikan serta merta kerana polisi syarikat berubah dan hanya mengambil pekerja tempatan.

Bayaran pampasan hangus kerana semasa bekerja pernah buat pinjaman untuk beli skim emas. Duit pampasan guna untuk langsai hutang.

5 tahun di sana, balik dengan tangan kosong.

Tak nak berhenti kerja tetapi diberhentikan.

Langit tak selalu cerah.

5 tahun lalu saya berhenti kerja mengikut suami. Ilmu kewangan cetek. Ilmu pengurusan risiko rendah. Alami kejutan budaya sebab gaya hidup berubah.

Keadaan sangat stres. Perlahan-lahan cari ilmu dari orang yang ahli. Sekarang tidaklah pandai tetapi sekurang-kurangnya tidak meraba.

Walaupun berhenti sukarela tetapi perit juga. Sesuatu yang dirasakan perit masih memberikan nilai tambah untuk diri.

Mendung tak bermakna hujan.

Kita tak boleh kawal situasi yang berlaku, tetapi kita boleh kawal diri dengan bersiap siaga.

Rancang Kewangan, Ubah Kehidupan

INFAQ CONSULTANCY JDT

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Mengapa harga produk takaful lebih mahal berbanding produk insurans konvensional…