Dedahkan Maklumat Yang Diminta Ketika Mengisi Borang Permohonan Takaful

Tahukah anda, adalah menjadi tanggungjawab pelanggan untuk mendedahkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan takaful?

Ia dinyatakan dengan jelas di sini, peringatan yang ditulis di awal-awal borang permohonan takaful.

Ia ditulis;
– pada mukasurat pertama borang
– di atas sekali
– dengan tulisan merah
(Mujur bukan CAPSLOCK)

Bermakna, ia merupakan perkata yang teramat sangat terpenting.

Apa berlaku jika berlaku ketidak-dedahan maklumat sama ada atas kecuaian pelanggan atau ejen?

1. Polisi akan jadi tidak sah
2. Claim akan ditolak
3. Komisen ejen boleh ditarik balik malah mungkin lesen juga
4. Menyusahkan hidup kedua-dua ejen dan pelanggan
5. (Boleh tambah sendiri)

Maka, berhati-hati.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com